Fakta tentang bunga mawar

 Ada terbaca tentang bunga mawar di ruang Laman dalam Berita Minggu semalam (18 Januari 2009) yang ditulis oleh Rohaniza Idris ( roha@bharian.com.my )?

Bila terbaca artikel tu, terus Kak Long teringat pada komen nuriman pada entri Kak Long sebelum ini.

Bunga mawar memang bunga digemari ramai, termasuklah Kak Long mentelah pula nama Kak Long kan adalah bau-bau bacang dengan bunga ni. Pandang gambar bunga mawar pun buat Kak Long selalu teruja nak jadikannya latar bagi Desktop Kak Long apatah lagi kalau orang bagi bunga mawar kat Kak Long, sehari suntuk senyum lebar sampai telinga dek kepalang sukanya!

Pada entri kali ini Kak Long nak kongsi fakta tentang bunga mawar yang Kak Long baca daripada akhbar tersebut:

 

*        Dikenali juga dengan nama ros. (Oh bunga ros! Alamak, teringat pulak sms seseorang pd Kak Long suatu ketika dahulu! Katanya senikata lagu yg dia dengar.)

 

*        Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.(Sebab tu lah bunga mawar yang kita tengok kat Cameron Highland tu lebih besar daripada kawasan lain di Semenanjung Malaysia ni)

 

*         Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

                                                                                                                                           

Sekuntum mawar merahmawar kuning

               Mawar Jingga

 

*    Pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.(Kak Long tetap suka warna yang asli)

 

*       Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga lain. (Terutama pada bulan Februari, harga bunga mawar ni kadang-kala berlipat ganda sebab ramai sangat sang kekasih yang berlumba-lumba membelinya!) 

 

*       Satu masa dulu, di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan istana.

 

*       Ada pelbagai jenis mawar di dunia namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden.

 

*        Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. (Makna / lambang tu Kak Long terlupa pulak, siapa nak tolong ni???)

 

Pasti ramai yang setuju, walaupun kita suka bunga mawar @ ros ni, namun tidak pulak pokok-pokok bunga mawar ni kita tanam sendiri. Bagi diri Kak Long sendiri, bukan tak teringin nak tanam bunga mawar ni di kawasan rumah tapi tentu ramai yang lebih suka beli bunga mawar

di kedai bunga je. Kak Long tertarik betul bila baca tentang komen Pengurus Roha’s Rizqi Roses di SACC Mall Shah Alam,Kamal Kamaruddin dalam artikel tu yang mengatakan bahawa bunga mawar tidaklah sukar untuk ditanam seperti yg dikatakan ramai orang.

Kita perlu lahirkan rasa cinta jika menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai sebagai lambang cinta.”

Wah, baru pertama kali Kak Long dengar nak tanam bunga mawar pun kena tanam dengan rasa cinta. (Ini mengata diri Kak Long lah ni, orang lain mungkin dah biasa dengar tu, tak tahulah pulak)

Membaca artikel tu, hai bersemangatlah pulak  Kak Long nak menanam bunga mawar. Jangan jealous nanti kawasan rumah Kak Long berseri-seri dengan bunga-bunga mawar yang mewangi. Aduh, tak sabarnya!

9 comments on “Fakta tentang bunga mawar

  1. Pingback: Lambang si bunga mawar « Mawar Merah

  2. Bunga mawar memang cantik. Kalau tak silap, kalau tanam apa-apa, mesti layan macam benda hidup, baru pokok tu subur. Pokok mawar Kak Long dah berbunga?

  3. Pingback: Biarkan ia berkembang « Mawar Merah

  4. teringin betui nak tanam climbing roses, dapat pulak jenis Danse De Feu .. mak ooiii .. berjambak2 ngan kaler merah pekat .. panjat tiang depan rumah .. issshhh .. boleh idup kerr .. panas ni ..

    kalau sesape tahu mana nak dapat anak benih climbing roses ni ..

    • Climbing Rose susah ckit nak cari. Tu pun x sengaja terbeli. Saya ada jenis New Dawn berbunga besar, banyak kelopak dan warna merah jambu lembut dan satu lagi jenis Buff beauty. Bunganyer boleh tahan besar. Warna kuning tp bila dah lama kembang jd cam warna coral & sedikit putih. Saya ada yang merah garang tp bukan jenis memanjat. Yg jenis climbing bukan panjat sendiri pun kena ikat gak pastu baru pokok tu jadi merimbun. Kena trim selalu kalu x runtuh pagar nanti. Benihnyer beli kat nurseri masa jalan-jalan kat Terengganu.

      • saya tengah cari climbing rose? saya tinggal di perak? macam mana ye? Lee boleh tolong dapatkan keratab batang climbing rose tak?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s