Perempuan Melayu Terakhir

image0034

Antara pendidik dan tukang jahit.

Bukan nak bandingkan antara seorang pendidik dengan tukang jahit siapa yang lebih layak jadi perempuan Melayu terakhir. Bukan juga nak cerita bahawa Kak Long bertukar proffesion daripada seorang pendidik kepada tukang jahit!

image033

Kak Long belum lagi bercadang nak berhenti kerja atau memilih untuk pencen awal. Sebenarnya, saja nak cerita kegiatan hujung minggu Kak Long kali ini. Pada hujung minggu lalu, Kak Long berpeluang pergi belajar menjahit. Kali ini Kak Long belajar menjahit cadar dan sarung bantal. 

image0292

image0351

image036

Walaupun Kak Long tak dapat benar-benar menikmati cuti hujung minggu kali ini sebab kursus tersebut mengambil masa selama 2 hari dari pagi hingga petang, Kak Long sangat seronok. Dengan malu-malu dan tersipu-sipu, Kak Long mengaku yang Kak Long memang bukan seorang yang cekap hal-hal jahit menjahit ni. Pegang jarum ni memang boleh dikira dengan jari kekerapannya. 

Dan kursus tersebut telah memberi peluang Kak Long menjadi perempuan Melayu terakhir. Takkanlah baru jahit satu set cadar dan bantal dah dapat gelaran perempuan Melayu terakhir? Sebenarnya, masa buat tu, terkial-kial. Maklumlah, Kak Long ni jahit butang tercabut pun dalam setahun boleh kira dgn jari, ni pulak nak guna mesin jahit hi-speed. Kebanyakan peserta lain tu memang tukang jahit, jadi bila berada dalam kalangan yang arif tentang hal jahit menjahit ni, maka Kak Long pun asyik jadi orang terakhir je yang siap. Padan muka Kak Long!  Kak Long gelakkan diri sendiri sebab dulu-dulu tak rajin nak menyentuh mesin jahit kat rumah yang cuma menjadi perhiasan dan menunggu masa dihantar untuk dipamerkan di muzium.

show2

Bila dah siap,  bukan main seronok!

 Lepas ni boleh ambil tempahan kot! Boleh bukak kedai jahit lak! Siapa nak tempah dengan Kak Long? Boleh Kak Long bagi special discount. Tapi siap sedialah kalau tempah tahun ni, tahun depan lum tentu siap..

About these ads

9 comments on “Perempuan Melayu Terakhir

  1. ehem.. ehem…
    baru bljr jht cadar dgn sarung bantal dah bole jadi perempuan melayu terakhir…

    takleh panggil kaklng la lepas ni..
    kena panggil PMT…

    psssttt… aku nk guna sarung bantal 2 thn lg.. dah bole antar tempah skrg ke… muehehehehe

    • KTS,
      Memang PMT yg kena tambah.. (PMT siapkan jahitan) he3.
      Intan,
      Ha, tahu pun! La, nak tempah jugak.
      So, intan dgn Kts, Tak sangka lak bole dpt byk tempahan! boleh..boleh…kalau nak pakai 10 thn lagi pun dah bole hantar dah. Tp jgn mare kalau kain tu naik reput!

  2. Amboi, amboi, amboi…. dah bole jahit cadar ngan srung bantal skrg. Patut le tak ajak intan g sekali sbbi kalo intan g, sure kak long tak ngase jd Pompuan Melayu Terakhir tuh.

  3. Salam ziarah kak long…
    Erm… nanti kak long boleh jadi pendidik yg mendidik anak muridnya menjahit sarung bantal.
    Su nak jadi anak murid kak long boleh? Nak jahit sarung bantal sendiri lah pulak… :D

    • Salam kenal su…
      Ehem, nak jd anak murid kak long tu, boleh aje. Tp kalau sarung bantal jd sarung tangan, layan ajelah ok!

  4. salam kak long….

    erm sy pun minat gak menjahit ni kak long..tak kira jahit apapun..tp alahai sian saya mesin jahit rosak hehehehe…kalau dekat dgn kak long boleh belajar jahit…sekarang ni nak tempah baju mahai…

    • salam nuriman…nak belajar dgn kak long? sambil menutup muka dan tersipu-sipu malu bole, bole! tp silap2 anak murid yg ajar cikgu tak?

  5. hhehehe…nostalgia la pula
    masa dulu….10thn lepas kot
    ada belajar menjahit juga, tapi tangan tak senilah…sekerat jalan je..hehehe

    nnt raya leh tempah baju ye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s