Posted by: Kak Long | 20 Mei 2009

Dari tanah liat ke Perak

 labu2

Gambar  http://l_sayong.tripod.com  

Dulu labu Sayong digunakan untuk menyimpan air. Istimewanya labu Sayong ini, air yang disimpan sentiasa sejuk, jadi kita tidak perlu menggunakan air yang disimpan di dalam peti sejuk. Tetapi sekarang ni, ia telah jarang digunakan sebagai tempat menyimpan air, sebaliknya hanya dijadikan sebagai alat perhiasan. Ada juga yang menggunakannya sebagai pasu bunga. Mungkin kerana setiap rumah hari ini menggunakan balang kaca atau plastik untuk menyimpan air.

Melalui teman yang ke Kuala Kangsar, Kak Long minta tolong dia membelikan 2 buah labu Sayong. Cantik, salah satu daripadanya ada lubang-lubang dan lebih merupakan sebuah pasu hiasan yang kalau diletakkan lampu di dalamnya, sangat cantik.

labu

Tahu tak bagaimana labu Sayong diproses? Labu Sayong dibuat menggunakan tanah liat atau tanah busut. Pada peringkat awal, tanah ditumbuk di dalam mesin pengisar. Selepas ditapis, tanah yang telah ditumbuk tadi dituang ke dalam acuan. Ia disimpan semalaman dan dikeluarkan dari acuan. Kemudian, ia dibentuk dan dilorek supaya kelihatan lebih cantik lagi. Lepas tu, labu Sayong dijemur untuk dikeringkan. Labu Sayong yang telah dijemur dimasukkan ke dalam dapur pembakar di dalam suhu yang tinggi. Untuk mendapatkan labu Sayong yang berwarna hitam, labu Sayong yang telah dibakar dan dikeluarkan dari dapur pembakar akan ditanam di dalam sekam padi untuk menukarkan warnanya.

Labu Sayong memang satu produk istimewa di Kuala Kangsar.


Respon

  1. hmm dah lama betul tak berjalan2 kat Kuala tu ha… huhuhu

    insyalah, dalam sikit masa lagi maza akan ke sana gak kot.. huhuhuh

    • wah, maza nak g cuti-cuti Malaysia ke? nanti kalau pergi sana ada satu lagi yg best tuh, patin masak tempoyak ummmmmpp….

  2. kat umah ni ada 3 biji labu sayong.. tapi tak tau nak buat apa.. semua org bagi..

  3. katanyerrr.. air yang disimpan dalam labu sayong.. sejuk jerr..

  4. tak pernah ada labu sayong…tak terfikir pun nak beli ke….hehehe

  5. erk! bab ikan patin tu maza tumpang lalu jerk lah….. huhuhu

    tapi yg pasti maza nak balik kg.. hehehe ke Kampung Laneh! boleh mandi kat Batu Hampar.. walaupun tempat itu agak mistik.. tapi hehhhe best woo..

    hehheheh

  6. @kts,
    kalau tak tahu nak buat apa ko hantar je lah kat kak long…

    @sis nita,
    memang sejuk dan nyaman minum air yg simpan dlm labu sayong ni. cubalah kalau tak caya….

    @kujie,
    labu sayong ni pun mahal juga skrg. mintak kat kts tu, dia tak tahu nak buat apa dgn labu sayong dia yang 3 bijik tu.

    @maza,
    Batu Hampar tu kat daerah gerik kan? yang ada jeram tu ke? Kampung Laneh tu tak pernah dgr lagi. kalau lalu kat tasik raban, menyinggah makan kat restoran ikan bakar tu…..perghhhh!!

  7. Bangga teman… he he he… kami selalu guna labu sayong yang hitam tu untuk isi air. Memang jarang digunakan tapi moyang opah yang masih hidup, masih menggunakannya. Canggih. Sebab memang sejuk ayonya.


Leave a response

Your response:

kategori