hobi baru seorang cikgu pencen..

Oppss….
Kak Long belum bersara, tetapi pencen jadi cikgu selama 2 minggu ni..

bola

Disebabkan dah terbiasa ke ulu-hilir time kat sekolah, sunyilah pulak tak ada pelajar-pelajar nak dileter. Bebudak tu pun mesti rindu kat leteran kak long.

Kalau tak caya, masuk kelas first day lepas cuti, mesti dia org berlumba-lumba buat hal sebab nak bagi cikgu dia ni membebel-bebel manja!

Standardlah tu….,

intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan…

Hari tu pun, masa lepas cuti dua tiga hari pun sibuk tanya mana cikgu dia ni pergi. Apa lagi, mesti rindu kat suara merdu kak long yang mendendangkan lagu bebelan kat dia org sekali sekala tu!

huhuhuhu…

okaylah, balik pada cerita asal.
Hari ni lepas buat kerja-kerja di rumah, belah petang tu rasa bosanlah pulak. Nak ngadap kertas periksa, dah rasa nak muntah terjeluak. Lagipun ada 2 minggu lagi cuti, kalau habis cepat-cepat, nanti tak ada kerja pulak. Alasan oh alasan!Lagipun, program masa cuti kali ni agak longgar sedikit. Ada beberapa hari je terpaksa ke sekolah. Huh, terima kasih Tok Ketua yang begitu sporting menangguhkan beberapa program yang patutnya diadakan masa cuti ni ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak..

pegangan

Jadi, petang tadi kak long ke driving range, melepaskan geram memukul bole-bola golf. Nak masuk padang??? Oh, tidak! Pegang kayu golfpun belum betul sangat, kalau setakat 50 meter pukul bola tu, ada hati nak masuk padang. Hiskkk buat digelakkan dek ayam itik dan rimau singa je nanti!

Image101

Image111

Syok pulaklah dah begitu lama kak long pencen memegang kayu golf ni. Nampaknya, adalah hobi baru cuti ni. Ada sesiapa nak join?? Mana tahu, nanti boleh bergandingan dgn Tiger Woods.

Wakakaka

kayu

About these ads

9 comments on “hobi baru seorang cikgu pencen..

  1. wahhhhhhhhh…sy tak pernah pun pegang kayu golf…takut kena panah petir..gila otak budak2..

    selalu ikut suami, dia je yg berpeluh

  2. Aderkkkk! perkhhhh……

    kak long main golf! aderkk.. hilang ler kudip mawar merah itew.. huhuhu

    main golf ganaz lah kak long.. tak sesewai dgn jiwa maza.. auw auw auw!

    wakakkakaa

    (psst: ayat dengki by maza heheheh )

    • @ateq,
      main setahun boleh dibilang dgn jari, bukan takat tak dpt kalahkan tiger wood, cat woods pun kak long tak boleh lawan.

      @jie,
      pegang kayu golf boleh kena panah petir ke??ala, kayu golf kak long ni bukan jenis iron pun. tak pe, ikut suami tu jgn tak ikut….

      @maza,
      kak long memang sesaja main golf, bagi maaza dan pelajar2 kak long takut sikit. nakal2 nanti, boleh sebat dgn kayu golf…
      tak hilang kudip mawar merah jika bunganya ialah bunga plastik! yang ori punya letak dlm jambangan

    • @iza,
      belum cuba belum tahu…
      silap-silap terus hole in one!

      tak tahu ngapa komen iza tadi hilang dlm spam pulak…
      tak pernah lak lagi org lain sesat kat situ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s