Petang tadi ada drama air mata di rumah. Sebenarnya, semasa Kak Long balik daripada kelas tambahan, sempat juga Kak Long singgah sebentar di kedai kek dan membeli sebiji kek ais krim yang comel. Kak Long teringat yang hari ini merupakan hari ulangtahun pembantu rumah Kak Long. Jadi, Kak Long pun ajak anak-anak jiran Kak Long yang sering menjadi temannya bermain di hadapan rumah kami untuk sama-sama menikmati jamuan kecil yang Kak Long sediakan itu.
Sewaktu Kak Long panggil pembantu rumah Kak Long untuk memotong kek yang Kak Long belikan, terkejut Kak Long sebab tiba-tiba saja dia beriya-iya menangis. Kak Long tanya, kenapa pula menangis. Dia minta kami biarkan dia menangis buat seketika. Rupa-rupanya dia terharu sangat dengan suprise small party yang Kak Long buat tu.
Pembantu Kak Long ni dah lebih 2 tahun berkerja dengan keluarga Kak Long. Setakat ini, tiada masalah yang pernah Kak Long hadapi dengannya. Seperti pembantu rumah keluarga kami sebelum ini, Kak Long harap, dia juga akan serasi bersama kami bagi tempoh yang lama. Dalam keadaan sekarang, bukan mudah mendapat pembantu rumah yang sesuai. Kak Long sendiri pun terhutang budi padanya kerana semasa Kak Long terpaksa menjadi penghuni hospital dalam tempoh yang lama tahun lepas, dialah yang telah banyak membantu menjaga dan menyiapkan keperluan Kak Long. Jadi, rasa puas juga sebab walaupun dia menangis, mungkin teringatkan keluarganya yang tiada bersama pada ketika itu tetapi Kak Long tahu yang dia gembira kerana pertama kali katanya diraikan pada hari ulangtahunnya.
Renungan: Orang yang gembira adalah orang yang menghasilkan sesuatu; orang yang bosan tidak menghasilkan apa-apa.



Aiiih tengok update tajuk tadi, ingatkan Kak Long yg nangis…huhu…
Bertuahlah pembantu tu dapoat bos macam Kak Long yg perihatin. Kak Long pun bertuah jugak dapat pembantu yg jujur. erkk kek untuk iza takde ker
By: iza on 7 Julai 2009
at 8:34 am
memang dia rasa terharu sgt tu kerana tak sangka kaklong ingat hari lahirnya dan sudi pulak meraikannya. Kalo saya pun mesti nangis,huhuhu,gembira bercampur sedih.
By: julietchun on 7 Julai 2009
at 9:38 am
Bertuahnya kak long punya pembantu yang amat dipercayai. Dia pun bertuah punya majikan yang bertimbang rasa. Dia dari seberang ke ?
By: Tie on 7 Julai 2009
at 9:45 am
By: Kak Long on 7 Julai 2009
at 11:37 am
esok birthday maza, meh ler Kak Long buatkan parti utk maza gitew..
mesti maza terharuuuu yg amat sangat..
apa mcm teacher, worait ka?!
heheheheh
By: maza on 7 Julai 2009
at 4:22 pm
By: Kak Long on 7 Julai 2009
at 9:57 pm
Salam kak long….
Bukan senang nak mencari pembantu rumah yang serasi sekarang ni. cara kak long memang amat baik… dengan kita menghargainya, dia juga akan menghargai kita sebagai majikannya.
Buat baik dibalas baik…..
By: TokNabe on 7 Julai 2009
at 10:07 pm
….ckLah nak jadi pembantu kat rumah kakLong lah kalau macam ni baik punya mem besar….he..he…
By: xiiinam on 7 Julai 2009
at 10:20 pm
By: Kak Long on 8 Julai 2009
at 12:19 am