Hari ni Kak Long nak menulis sikit tentang hati dan perasaan. Kira peribadilah ya. Walaupun ada yang tak teringin nak baca, tapi kalau dah singgah kat sini, terpaksalah juga baca.
gambar daripada Google
Sebenarnya hari ni Kak Long sepatutnya menyiapkan beg pakaian kerana mengikut perancangan, petang esok Kak long akan bertolak ke Padang
bolaIndonesia. Tiket ni Kak Long dan 3 orang lagi teman-teman dah beli sejak tahun lepas lagi masa ada promosi kat Air Asia.Walaupun Kak Long dah pernah ke Padang dan Bukit Tinggi, tetapi masih excited juga nak pergi lagi. Dah rancang nak beli baju dan telekung untuk raya gitu, tapi kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan.
Mula-mula dua orang teman tu beritahu tak dapat pergi sebulan lepas sebab ada hal lain. Jadi dua tiket ‘hangus’ begitu sajalah. Oleh sebab, kami beli tiket tu masa promosi, maka tiket itu tidak boleh ditukar milik kepada orang lain, kalau tak, boleh juga Kak Long hadiahkan kat mana-mana teman blogger yang sudi menemani Kak Long ke Padang. Kalau nak tukar tarikh atau masa pun, bila disemak, lebih baiklah beli tiket baru. Walaupun dah mula rasa hampa, tapi masih tak berapa kisah. (Bukan Kak Long yang bayar tiket dia orang pun!)
Tapi apakan daya kerana cempedak dah jadi nangka (boleh erk???oooo…sekarang ni kan banyak teknologi!), tiba-tiba semalam, orang yang menjadi harapan terakhir untuk menemani Kak Long pulak tiba-tiba memberitahu bahawa dia tidak dapat pergi juga kerana ‘on call’. Uhwa.!!!!!!!
Huh, tak kan nak pergi sendirian tambahan pula dalam keadaan kurang mesra jiran tetangga.
Nampaknya CRK Kak Long yang dah diluluskan kenalah batalkan. Kesimpulannya, duduk diam-diamlah cuti hujung minggu 3 hari nanti, duduk bersimpuh sambil mengelap air mata yang mungkin membasahi sehelai tuala mandi kerana anganku musnah.
“Tiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Hikmah tak jadi pergi Padang mesti ada kan?” Itu ayat standard nak memujuk hati yang lara.
Posted by: Kak Long | 15 Julai 2009
Anganku musnah
Dikirim dalam peribadi | Label: angan-angan, cuti, Padang, peribadi
gambar daripada Google

ooo macam tu kisahnya.. huhu Iza pon tak cuti, kalau tak boleh temankan ehehe.
Memang ada dalam list Bkt Tinggi tu, tapi tak tau lah bila nak pi. Ada kawan (ekceli mereka adalah student Indonesia yg praktikal kat kilang iza ni, dan berkawan baik) kat sana duk sms duk ajak pergi. Tak tau lah bila ada peluang.
By: iza on 15 Julai 2009
at 12:15 pm
oo..macam tu lah kak long kalau beli tiket masa promosi..mcm dulu sy nk ke Bandung…last2 nk bertolak Intan demam….
Mesti tak best pergi bercuti seorang diri..
By: Jie on 15 Julai 2009
at 3:01 pm
Walaupun ada yang tak teringin nak baca, tapi kalau dah singgah kat sini, terpaksalah juga baca
Kak Long…
Aku bukan singgah di sini…
Tapi sengaja datang ke sini sejurus terpandang ringkasan entri dalam blog list saya…
By: xiiinam on 15 Julai 2009
at 3:15 pm
menangis airmata darah un tak berguna,hehehehe. cuba lagi lain kali, errr macam komen prgram realiti plak.
By: juliet on 15 Julai 2009
at 4:20 pm
elok gak tak pegi… duk umah diam2…
skrg ni musim selesema BABI… bahaya
.
.
.
.
.
.
moral of the story :
lain kali jgn lupa daku… hiihihi
By: kutaksempurna on 15 Julai 2009
at 5:00 pm
hehehe…
sabar jelah kak long…. nanti kita gi ke Bukit Tinggi yea…. tapi kat Bentong Pahang sanun.. bukannya hat di Padang sanun…
hhehehhehe
By: maza on 16 Julai 2009
at 2:08 am
Mencelah;
KakLong, saya dah tengok video Datin Fatini yaacob, bercakap pasal Natrah di Berita Harian. Online.
By: xiiinam on 16 Julai 2009
at 10:25 am
Jangan sedih, angan-angan boleh dibina.
Cuti-cuti Malaysia pun ok jugak!
Salam
By: Bunga Rampai on 16 Julai 2009
at 10:34 am
sabar yer kak long. Lain kali boleh pergi lagi. Saya pun teringin nak ke Padang/ Bukit Tinggi. tak pernah lagi pergi ..ehehehe. Take care.
By: kak long zue on 16 Julai 2009
at 4:57 pm
Oooo………..
Tak de rezeki la tu…….
Tentu ada hikmah disebalik tu, sabor je laa…..
Lain kali boleh pergi, err….jangan lupa ajak Tie sekali, ekk!
By: Tie on 16 Julai 2009
at 7:16 pm
kak tie..kts..iza…kwn2 smua jom kita eskot kak long ke sana..kak long sponsor serba serbi kan kan… :p
By: kenari on 16 Julai 2009
at 10:32 pm
By: Kak Long on 17 Julai 2009
at 3:19 am
erk! malangnya terpaksa lah berputus harapan lagi.. huhuu
kononnya nak pergi hujung minggu ni.. tapi destinasinya telah berubah.. dari Bukit Tinggi ke Tg. Malim pula..
huhuhu.. harap2 boleh singgah ke Gua Tempurung, atau mandi di Hot Spring Sungkai…
paling tidak pun, huhuhu harap2 kuda maza bernama cik silvy itu dapat memanaskan badannya,.. dah lama benar tertambat kat bawah rumah…takut la dia sakit2 badan nanti..
huhhu
By: maza on 18 Julai 2009
at 12:48 am
[...] Anganku musnah [...]
By: Lost In The Air….Cuti oh cuti – Bahagian Satu « Mawar Merah on 22 Julai 2009
at 1:36 am