Posted by: Kak Long | 17 Julai 2009

Coretan apa-apa sahaja

Petang semalam Kak Long ke bandar Seremban kerana beberapa yang perlu diselesaikan dengan  segera. Kemudian, jumpa dengan Kak Lyn  dan anak-anak saudara yang mengajak menonton Ice Age 3. Sebenarnya tak ada rancanganpun nak menonton. Oleh sebab Kak Lyn sibuk sangat ajak, Kak Long setuju ajalah. Sebenarnya, Kak Long tak pernah mengikutipun filem Ice Age tu.  Kak Long tidak pernah menonton Ice Age 1 dan 2 , jadi mungkin kuranglah sikit penghayatannya kot. Namun, Kak Long masih mampu ketawa besar melihat telatah binatang-binatang yang berada dalam alam dinasour tu.  Dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh watak-watak binatang tu memang mengharukan.

Hari ini, Kak Long semakin sibuk. Rasa memang tak menang tangan menyiapkan segala persiapan untuk persediaan satu majlis perjumpaan ibu bapa yang akan diadakan minggu hadapan. Sebenarnya rasa tak berapa sihat. Tapi balik tu, lapar, sempat singgah makan steamboat.  Balik terus siapkan kerja lagi sebelum bercuti.

Mata dah mengantuk, hari dah lewat…

  • @Kak Long : Malam ni (eh dah pagi), tak tahu nak tulis tajuk apa. Abaikan sahajalah ya…


Respon

  1. aderk! .. ice age 3, I will come to u soon…
    huuhuu

    psst: maza pun suka layan citer2 kartun mcm nie

    heheheh

  2. …..dah pergi tengok Ice Age 3?

    psst:..banyak lagi citer kartun erk??

  3. citer bebudak mmg best layan… release tension :D
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dlm tak sedap bdn tu, smpt gak layan steamboat eh :D

  4. ……
    kts,
    badan je yang tak sedap.
    masa tu anak tekak masih sedap..
    ……..
    sekarang ni je,
    apa dimakan semuanya dah tak ada rasa.
    uhwaaaaa……………. :)

  5. Tie belum tengok lagi citer tu…. Nanti nak download laa…..

    Psst- Malu nak gi tengok wayang….

    • @Tie,
      Seronok cerita tu. Di panggung mungkin gambar dan bunyi tu yang menambahkan trill agaknya.
      hihihi….
      kalau nak pergi sendiri mesti malu. apa kata, bawak je anak2 atau pinjam je mana-mana budak sekolah tu….


Leave a response

Your response:

kategori