Antara bunga raya, bunga mawar dan bunga melur

       Bunga nan cantik  jadikan hiasan,
Warnanya terang sangatlah merah,
       Dipilih menjadi bunga kebangsaan,
Tercatat megah dalam sejarah.

P7100471

Kak Long fikir, semua orang kenal akan bunga di atas. Peliklah juga kalau ada yang tak kenal kan? Hari ini nak cerita sedikit tentang sesuatu yang bersejarah berkaitan dengan bunga ini.

Sebenarnya, pada hari ini iaitu 28 Julai tahun 1960, bunga raya telah dipilih dan diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan negara kita Malaysia.

Antara bunga yang dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia  pada ketika itu ialah bunga ini:-

roscantik

iaitu bunga mawar yang mendapat undian majoriti penduduk Pantai Barat.

Juga bunga ini:-

melurdepanrumah

iaitu bunga melur pula mendapat undian majoriti penduduk Pantai Timur.

Namun, akhirnya bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana kriterianya yang sesuai. Antaranya, bunga raya merupakan bunga yang mudah ditanam. Melalui keratan batang, bunga raya boleh dibiakkan. Bunga raya juga sering ditanam sebagai bunga pagar di rumah.

P7100474

Lalu tercatatlah dalam sejarah bahawa pada hari ini dalam tahun 1960, maka bunga raya secara rasminya menjadi bunga kebangsaan negara kita.

 

 

8 comments on “Antara bunga raya, bunga mawar dan bunga melur

  1. Salam Kak long…kebiasaannya bunga mawar utk special occasion – generasi muda, bunga melur pulak digemari oleh kaum India dan warga veteran, so bunga raya tak de sapa nk petik kan heheeheee….sesuai la menjadi lambang ;)

    p/s catatan sy tk de makna… sesaja nk komen entry kak long

  2. Ooo…kakt tie suka bunga mawar dan melur. Baunya harum dan menenangkan. Bunga raya memang cantik. Nanti nak tanam keliling rumah.

    • @jard
      Sorry Jard, baru jumpa komen ni.
      Tak tahu macam mana komen ni boleh sesat pulak kat spam.

      Bunga lily??? Hmm, yang putih cantik tu ya?
      Masa tu lum ada orang yang tanam bunga lily, agaknya.
      Ko lum lahir lagi masa tu kan?
      Kalau tak boleh gak ko cadangkan kat jawatankuasa yang pilih tu. hehehe…

  3. @Kenari
    Salam kenari,
    Oh, bunga mawar bukan takat digemari generasi muda, tapi pak cik2 dan mak cik2 pun suka kat bunga mawar….hehehe….
    bunga melur memang kegemaran kaum india dan veteran….ha…betul jugak tu, nenek2 kak long dulu suka selit bunga melur, kadang-kadang kat rambut, kadang-kadang dalam hand bag pun dia simpan.

    Alahai, siannya bunga raya tu ya…
    Tapi kalau Kenari nak tahu, masa kak long kecil2, kak long dan geng suka sangat petik bunga raya, lepas tu tiup bagi gelembung….seronok pulak main dengan bunga tu…

    p/s setiap catatan di entri kak long sungguh bermakna buat kak long.

    …..
    …..

    @Tie,
    Tiga-tiga bunga tu Kak Long suka dan pastinya yang paling berkenan di hati ialah si mawar merah….hehehe, promote sikit.

    Nanti bila dah banyak bunga raya yang Tie tanam keliling rumah, tentulah semangat patriotik pun semakin menebal. :)

  4. bab bunga bunga ni, maza memang lemah sikit.. hehehe

    almaklumlah, buta dan jahil bab2 sentimental ni. hehehe

    Rock kapak jerkk……. main lagar dan kapak belah dua gitew..

    hehehhehee

  5. Segala puji pujian bagi Allah
    hanya tuhan layak disembah
    kalau kak Long ku beri hadiah
    cukupkah sekuntum mawar merah

    sifat tuhan yang maha Esa
    yang mencipta alam semesta
    kalau hadiah buat saya
    cukuplah sekuntum bunga raya.

    manusia menghayati alam semesta
    utuk mengimbangi jiwa raga
    bunga melur yang tinggal pula
    untuk diberi kepada siapa

    terima kaseh, selamat maju jaya.

  6. @pakcikli00
    Sekuntum mawar merah?? Eeee….suka sangat….
    Bukan kata sekuntum, satu kelopak pun Kak Long terima dengan senang hati.

    Bunga raya tu cantik pakcikli00,
    pernah nampak gambar anak gadis zaman dulu selalu gak selit kat telinga….manis.
    Kalau Kak Long bagi pada pakcikli00, agaknya nak letak kat mana ya?

    hmm…bunga melur tu, tak payah bagi kat siapa-siapa pun,
    biar dia di tangkainya. Kalau gugurpun, nanti baunya memang perghhhh…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s