Pagi Khamis lalu, pegawai penguatkuasa undang-undang sekolah Kak Long menjalankan operasi yang diberi nama Ops Kantoi (yang menyaksikan ramai pelajar yang melanggar peraturan sekolah telah kantoi). Dalam operasi tersebut guru-guru disiplin telah menjalankan operasi pemeriksaan mengejut dari kelas ke kelas. Kak Long tidak terlibat tetapi menyibuk je ambil gambar ni sebab Puan Zah minta Kak Long rekodkan tentang operasi ini.
Bila dah kantoi tu, macam-macam benda lah yang dijumpai. Antaranya….. (hanya adegan yang boleh kita lihat sahaja…yang lain-lain tu kena simpan untuk rekod je lah)
Ada lebih 10 handphone yang dirampas. Kalau cakap pasal bawa handphone ke sekolah ni, susah nak komen. Ada ibu bapa yang kata, handphone ni keperluan. Tapi, bila dah diwartakan sebagai undang-undang dan peraturan, terpaksalah juga dikenakan tindakan.
Surat cinta macam ni, kira biasalah. Cuma kad di atas tu, nak komen sikit…dahlah tak ditulis dengan ejaan yang betul, (nanti dah terbiasa, masa periksa pun asyik tulis singkatan ejaan) dah lumrah agaknya remaja sekarang, kalau ’bercouple’, seringkali istilah yang mereka gunakan… panggilan manja pada pasangan…….. ma, pa… ( ma ni singkatan pada mama dan pa ni singkatan papa, kan?).
Pssttt……sesiapa yang biasa kantoi masa di sekolah dulu, senyumlah sikit kalau teringatkan masa dahulu kala.
![]()
Posted by: Kak Long | 15 Ogos 2009





Nama ops tu pun dah advance Kak Long..ingat2 masa zaman iza sekolah tahun 90-an tak pakai/ tak popular lagi istilah tu, rasa2nya lah..
Tapi tang surat cinta tu dah macam tradisi sejak zaman dulu..cuma gaya berlainan.. dulu2 siap ngan ayat berbunga2 sesuai zaman rock kapak, lagu banyak yg puitis kan… dan ada posmen karat
By: iza on 15 Ogos 2009
at 11:25 pm
hehehe…zaman dah berubah, patutnya bila dunia dah maju, bahasa kita semakin maju.
Sebab tu agaknya pelajar-pelajar tulis pun guna perkataan macam sms.
Ayat berbunga-bunga dah tinggal ranting kering.:)
By: Kak Long on 15 Ogos 2009
at 11:36 pm
peh.. aku tak pernah berchenta zaman sekolah dulu2.. ehehehe..
By: jard on 16 Ogos 2009
at 12:44 am
uishh…memang pelajar contoh gitu!
By: Kak Long on 16 Ogos 2009
at 6:03 pm
Asalamualaikum
Dulu kak Long semangkin meningkat usia bertambah sempurna perkataan ucapan dan ejaan, sekarang ini apa pasal lain macam pula jadinya ?,
terima kaseh salam hormat.
By: pakcikli00 on 16 Ogos 2009
at 4:31 am
Waalaikumsalam..
Salam hormat pakcikli,
Sekarang semua nak pantas.
Tulis pun sekerat-sekerat saja.
Kalau tak terbawa-bawa ke dalam dewan peperiksaan tak apa juga.
Nanti jawab soalan Bahasa Melayu pun jadi layu…
By: Kak Long on 16 Ogos 2009
at 6:06 pm
hai kak!
singgah sini yerk
salam ukhwah
jom follow
wink ~~
By: along (",) on 16 Ogos 2009
at 10:54 am
hai kak!
singgah sini yerk
salam ukhwah
jom follow
wink ~~
(comment di atas, salah.abaikan. hehehe)
By: Lya on 16 Ogos 2009
at 10:55 am
Salam ukhwah….
Terima kasih sudi singgah.
I follow….
wink, wink.
By: Kak Long on 16 Ogos 2009
at 6:07 pm
Tak sabar nak jadi ma dan pa, rupanya.
By: qoreena on 16 Ogos 2009
at 5:15 pm
..
Sebab tu dah banyak kes yang mengejutkan dan menakutkan berlaku dalam kalangan pelajar.
Mungkin akibat akibat daripada dah tak sabar-sabar….
Belum tiba masanya, dah jadi papa dan mama.
By: Kak Long on 16 Ogos 2009
at 6:20 pm
kakLong;
Perasan tak budak-budak sekarang suka bawa Pendrive?
Kena tengok-tengok juga apa isinya….sebab kami pernah jumpa sesuatu yang tidak sepatutnya dalam operasi seumpamanya….remaja sekarang, nauzubillah!
By: xiiinam on 16 Ogos 2009
at 9:01 pm
CkLah…
Terima kasihlah sudi berkunjung.
Semoga dah sihat.
Hmm…memang betul, dalam pen drive, macam-macam ada.
Dalam hp tu pun, kononnya mereka sorokkan dalam file di sebalik file.
Bila selongkar file tu, iskkk, iskk….
By: Kak Long on 16 Ogos 2009
at 10:23 pm
Salam Kak Long….
Uishhhh, Ops Kantoi. Mcm Pakcik Polis pulak Kak Long nihhhh.
Byk ekkk barang “seludup” yg bebudak sekolah tu bawa ekkkk. Diaorg nih lebih kaya dari kita,Kak Long.
Surat cinta gituu ekkkk? Pa & Ma lagi gituuuu. Mula2 Pa & Ma dlm surat cinta. Lepas tu Pa & Ma sampai perut BOYOT. Huhhh, bebudak zaman canggih nihhh !!
By: Zymazara on 16 Ogos 2009
at 10:44 pm
Takkan tak tahu, cikgu ni, macam2 dia boleh jadi!
Budak2 sekarang ni, memang canggih sangat-sangat Zyma…
By: Kak Long on 17 Oktober 2009
at 11:37 pm
salam kaklong..
syok plak baca surat cinta tu hehe.. kat skola saya pun budak tahun 6 dah pandai buat mende2 gini.. minggu lps.. guru besar tangkap diaorg kat dlm semak depan skola.. ntah buat apa ntah .. iskk..
saya amik surat kat atas tu ekk… buat contoh.. hehe. tenkiu kak long..
By: ayu on 17 Oktober 2009
at 10:29 am
Ayu,
budak2 sekarang, kecik2 lagi dah pandainya macam-macam.
p/s….jangan lupa berkunjung ke blog baru Kak Long.
By: Kak Long on 17 Oktober 2009
at 11:36 pm