Simbol bunga mawar

Hari ini nak cerita tentang bunga mawar.

Kak Long pernah terbaca tentang makna bunga Mawar berdasarkan bilangannya.

Bilangan Makna yang tersirat Catatan
1 “I Love you@ Aku cinta padamu”“Hanya kau untukku” Sekuntum bunga mawar amat ringkas untuk menyampaikan luahan kasih sayang.
two-red-roses “Marilah bersamaku” 2 kuntum bunga diberikan sebagai simbol permulaan menjalinkan perhubungan.
Valentine Rose “Kau dan aku dan cinta kita akan bersatu” 3 kuntum bunga menyatakan perasaan cinta yang berputik dan mengharapkan cinta bersatu.
6 “Aku sedang mencintaimu” Masih belum sepenuhnya.

Mungkin separuh jalanlah tu…

12-red-roses “Jadilah kepunyaanku” 12 kuntum bunga mawar khabarnya diberikan sebagai simbol untuk melamar.
24-red-roses “Aku Milikmu” 24 kuntum bunga bagi melambangkan cinta yang melimpah
Image of 50-red-roses “Cintaku padamu tiada batasan.” 50 kuntum bunga bertujuan memberitahu bahawa cinta yang tiada batasan.

Biasanya bunga diberikan oleh seorang lelaki kepada perempuan, tak kiralah, ibu ke, isteri ke, kekasih ke atau kawan.
Dan khabarnya 13 kuntum bunga melambangkan ucapan tahniah.
Begitulah yang pernah Kak Long baca.
Agak2nya daripada pengalaman pembaca, boleh diterima ke simbol di atas tu?
Opps…kalau ada yang lebih arif tentang simbol bilangan bunga mawar yang diberikan kepada seseorang tu, jomlah kongsi di sini.

About these ads

28 comments on “Simbol bunga mawar

  1. kalau sha…cukup sekuntum tanpa hiasan dah menggembirakan hati…

    tp sha sukakan rose putih…kalau dpt yg kaler violet lagi lah sha suka! kate org tu tanda cinta pandang pertama…sejauh mana kebenaran entahlah:)

    • Hmm…sekuntum tu simbolnya memang unik.
      Biasanya, warna putih tanda suci murni, tapi kalau ros putih, Kak Long pun tak pasti.
      nanti nak cari…
      Oo…warna voilet tu tanda cinta pandang pertama…
      Kak Long lum terbaca pula makna warna voilet tu.

  2. Asalamualaikum

    Adalah biasa pada manusia
    bunga menyatakan hati dan rasa
    pastinya bunga menyata putik dan buah
    apatah lagi jikalau mawar merah
    bagaikan batu di sebalik udang galah

    Terima Kaseh Salam Hormat

    • Waalaikumsalam..

      salam hormat,

      Bunga tanda rasa,
      batu di sebalik udang galah,
      tandanya …..kena berhati-hati takut tertelan batu..
      Betul ke pakcikli?

      Terima kasih.

  3. Kalau dua kuntum jer Kak Long? Maybe sebab tak cukup duit kot nak cukupkan 3 kuntum hehehe. Kalau 51 kuntum mungkin sebab ada sale, beli 50 free 1 :D
    Sorry Kak Long, Iza merepek pagi2 hari huhu

    • kalau 2 kuntum, baru nak pasang strategi memikat…
      boleh jadi juga, tak cukup duit nak beli 3 sebab bunga mawar ni kalau musim2 tertentu, sangat mahal harganya…
      Kalau dapat 51 kuntum…..jurujual tu tersalah kira sebab matematik dia dapat F9 masa SPM tu! hehehe…

    • sekuntum mawar belum di terima, sebab orang yang bagi bunga tu tak suka bunga mawar.
      Dia suka bunga lain. :)

      p/s Ingat nak bagi kat Kenari bunga yang ada kat pasu tepi pejabat tu.
      Pagi tadi lalu ada, pukul 10 pagi dah hilang.
      Hish…sungguh gatal tangan orang yang petik putik mawar tu!

    • hohoho….
      tak suka sebarang jenis bunga memang sah-sah boleh dikategorikan sebagai bukan ‘along’ yang memang sangat suka bunga…

    • wah, wah, wah…
      banyak dapat bunga ya kuina…?
      bestnya..
      sampai 30 kuntum.
      .
      .
      Kakjie memborong bunga ya?
      .
      .
      Kalau seorang kakak memberi adiknya 30 kuntum bunga,
      maksudnya apa ya??
      Oooooo, kakjie bercadang untuk membuka kedai bunga dan dia nak minta kuina melabur sebanyak RM 30k untuk business tu, boley giteww???
      hehehe…
      .
      .
      p/s Kujie tak pas kat Kak Long sekuntum mawar merah dari CH…huhuhu..

    • Bunga mawar ni, musim tertentu je dia mahal.
      Kalau hari biasa, harganya okay jugak.
      Kalau tiba hari-hari tertentu, boleh melonjak berkali ganda harganya!

  4. kena tgk warna mawar gak kak long..

    tak semua warna, maksudnya sama…

    errr… mawar mahal kaklong… klu nak bagi, kaklong bagi donut je la kat aku… save duit kaklong..

    hihihi

    • betul tu kts…

      Kak Long nak kaji makna warna bunga mawar pulak…

      tunggguuuuuuu………..

      err…mawar memang mahal sikit..
      donut??? bukan tak nak bagi donut,
      tapi belum sempat bagi kts,
      tiba-tiba donut tu yang nak masuk dalam mulut kak long…

      hihihi

    • salam nur iman,
      seronoknya banyak bunga ros di kawasan rumah.
      kak Long tak pernah tanam bunga mawar atau ros, walaupun sangat suka akan bunga mawar @ ros ni.
      nak cuba juga ni…

    • errr…kalau kaler lain???
      Alamak, tak habis menuntut, cikgu dah lari….
      hehehe..
      Nanti Kak Long cuba cari info tentang warna bunga mawar pulak ya…

  5. Pingback: Warna dan mawar « Mawar Merah

  6. Please let me know if you’re looking for a writer for your weblog. You have some really great posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d love to write some material for your blog in
    exchange for a link back to mine. Please shoot me an email if interested.
    Thanks!

  7. Attractive section of content. I just stumbled upon your site
    and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your blog posts.
    Anyway I’ll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently fast.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s