Hari Raya yang pertama hingga ke tiga, cuma di rumah keluarga melayan tetamu. Hanya sempat ke rumah ibu saudara yang hampir. Tahun ini, kami semua berkumpul di kampung. Ibu saudara dan sepupu2 saya pun semuanya pulang beraya di rumah di kampung. Memang sangat meriah. Walaupun tak menang tangan melayan saudara mara yang berkunjung (kerana dalam adik-beradiknya, ayahanda merupakan saudara tua kerana abang dan kakaknya telah tiada). Memang riuh di rumah kami dengan tetamu yang hadir. Sejak awal pagi, pelbagai hidangan tambahan telah disediakan kerana maklum bahawa rumah kami memang akan menjadi tumpuan…

ketupat

lemang raya
Nasib baik ada dua orang pembantu rumah yang ringan tulang bersama. Walaupun masak-memasak jadi tugas Kak Long dan adik-adik bersama makcik, adanya dua orang pembantu rumah yang sudi bersama kami berhari raya (tidak pula demand untuk bercuti pada hari raya), maka dapatlah membantu menguruskan pinggan-mangkuk.
Pada hari Raya ke-3, saya sempat menziarahi saudara-mara di sekitar Shah Alam dan Rawang. Punyalah sakan beraya, pukul 3 pagi baru sampai semula di kampung.
Semalam saya sempat beraya ke rumah ibu saudara di Alor Gajah. Semasa melintasi bandar Alor Gajah, memang ‘happening’ bandar Alor Gajah yang bermandikan cahaya. Nampak unik pulak bangunan di situ dipasang lampu-lampu yang bewarna-warni.

Alor Gajah
Kak Long : Hari ini masih di rumah. Baru berpeluang menghadap laptop lama sikit dan broadband pun nampaknya tak mabuk sangat….


bestnye…mesti kak long pandai wat lemang kan? sha tak pandai wat lemang…kayu susah nak carik…lemang tunjuk je…jeles plak tgk gambo org melemang…
* tp kalo tgk lemang, mesti org n9 ngan melaka…kan?
By: cheryna on 25 September 2009
at 3:13 pm
Sha,
Orang bandar memang tak bakar lemang, tak ada kayu dan tak ada tempat nak melemang…
Cuma tunjuk2 lemang je dah siap, kan?
Ayahanda kak long kalau tak membuat lemang, memang tak sah sebab tetamu yang datang mesti tanya lemang yang dia bakar…
Kak Long cuma pandai masukkan pulut ngan santan je…
))) tekaan yang tepat… aisey..lemang dah habis, kalau tak boleh bagi sebatang.
By: Kak Long on 25 September 2009
at 11:02 pm
masih beraya lagi kaklong?
jangan makan banyak2..
masak apa pulak hari ni?
By: secangkir madu merah on 25 September 2009
at 4:04 pm
hari ni orang dtg beraya kat rumah..
hehe..kalau g beraya, tak sah kalau tak makan..
hari ni goreng mee aje…
By: Kak Long on 25 September 2009
at 11:11 pm
saya yg dah blk ke rumah ni pun tak kering tangan kak long…nk online pun kejap2 je..intai kawan2….
ni dtg nk minta daun kesum sikit..hehehe
By: Kujie on 25 September 2009
at 4:09 pm
sekarang ni orang dah mula balik ke rumah…
tentu sibuk melayan tamu..
kat kampung dah semakin lengang.
sehari dua ni nak balik ke rumah gak..
*tak jumpa2 lagi daun kesum ya?? laksa lum siap ke? kak long baru je nak numpang makan laksa …..hehehe
By: Kak Long on 25 September 2009
at 11:18 pm
selamat malam kak long
Amboi beraya sakan jugak tu hehe.
Iza ngantuk dah ni… asyik makan ja..terlebih sudah. Sengaja jalan2 sekejap sebelum belayar di alam mimpi..
Nite Kak Long
By: iza on 26 September 2009
at 12:26 am
iza,
sama2 kita terlebih sudah erk..
Kak Long nak pergi beraya lagi petang ni..
By: Kak Long on 26 September 2009
at 9:27 am
Salam kak long,
Saya dah habis beraya. Weekend depan sambung semula. Hehehe. Skrg ni berehat dan puasa.
**Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin..
By: Insyirah on 27 September 2009
at 8:39 pm