Mendengar dan menonton berita di TV1 tadi, dilaporkan setakat pukul 10 pagi ini telah ada 2 kemalangan maut.
Setiap kali musim perayaan, pasti jumlah kemalangan akan bertambah. Lebih menyedihkan kerana dalam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang menangis pilu kerana kehilangan keluarga tersayang. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan kes kemalangan pada musim perayaan, namun nampaknya masih belum dapat diatasi.

Gambar hiasan: Sumber: Bharian Online
Hari ini dan esok, jumlah pengguna jalanraya terutama di lebuhraya pasti bertambah ramai kerana lebih ramai pengguna yang bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri akan pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan tugas masing-masing. Tambahan pula cuti sekolah selama seminggu sempena Hari Raya juga akan berakhir esok.
Kak Long - Marilah sama-sama berusaha dan berdoa agar kita semua terhindar daripada sebarang mara bahaya di jalanraya. Amin…


Sepanjang cuti ni Iza dah terserempak 4 atau 5 kemalangan..nauzubillah.. mampu berdoa jer supaya dilindungi. Esok perjalanan jauh, pun Iza harap semua akan baik2 saja
By: iza on 26 September 2009
at 11:30 am
Hehe…kak long dah doakan dan Iza pun dah sampai dan selamat dlm perjalanan… Siap sempat singgah dan g air terjun lagi erk?
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:22 pm
Setiap kali berada di jalanraya, doa sentiasa di minda…agar dielakkan darpada tragedi begini…
Ngeri amat…
By: xiiinam on 26 September 2009
at 12:04 pm
Musim cuti dah tamat, musim pergi sekolah pulak…
Semoga sentiasa selamat.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:24 pm
kadang2 rasa risau…takut kemalangan2 ni berlaku di depan rumah saja. pernah terjadi, masa tuh tgh sedap2 minum petang….tiba2 satu kereta langgar motor, penunggang tercampak dan terus mati. depan mata! depan rumah! waktu nak raya…huuuu…taknak berlaku lagi.
By: cheryna on 26 September 2009
at 12:33 pm
Ngerinya sha!
Memang kemalangan boleh jadi di mana2, tapi kita boleh lihat sendiri, ada pemandu yang macam tak sayangkan nyawa sendiri…suka hati aje di jalanraya.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:26 pm
aloha n akum…
hehehe… sbnrnya bnda nie xde solution kalo skap kite xbrubah…
By: miz fantasy on 26 September 2009
at 1:30 pm
Salam…
Ubah sikap yang suka berlumba dan mementingkan diri di jalan raya, kan!
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:29 pm
iya kak long… saya aja beberapa waktu lalu 3 hari naik angkot 3 kalinya ada kecelakaan…
By: ahnku on 26 September 2009
at 7:11 pm
banyak kemalangan walaupun bukan musim perayaan…
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:30 pm
Salam kak Long….
Minta dijauhi dari segala kecelakaan seperti tu. ngeri…..
By: Zymazara on 27 September 2009
at 12:31 am
Salam Zyma,
Semoga dijauhi daripada sebarang bencana di jalan raya.
Ngeri…tapi ada juga yang masih suka menunjuk berani di jalan raya.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:33 pm
dalam banyak2 tip dan panduan untuk pulang dan kembali beraya …
tak ada menyatakan salah satu tips paling penting …
tak ada suruhan dan tips tentang bacalah dulu doa naik kenderaan …
tu salah satunya lah ….
By: razifembi on 27 September 2009
at 1:32 am
Ya……membaca doa naik kenderaan perlu diamalkan untuk menghindari sesuatu yang tidak baik di jalan raya.
Semoga sentiasa dilindungi selepas berusaha menghindari.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:36 pm
dulu2 kemalangan berlaku krn btul2 “ke-malang-an”, tapi skrg kemalangan berlaku krn “ke-cuai-an” pemandu itu sendiri dan membabitkan pihak2 lain yg tidak bersalah
By: kenari on 27 September 2009
at 8:30 am
Banyak kejadian sebegitu berlaku.
Memang sedih jika yang terlibat tu pihak yang tak bersalah.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:37 pm
kadang2 dlm berderet2 blk kg dgn sabar dan tata tertibnya..ada seseorg yang mencari pasal. Kerana seorang yang tidak sabar dan memandu dlm keadaan berbahaya, ramai org lain yg menjadi mangsa
By: Kujie on 27 September 2009
at 5:58 pm
Sikap mementingkan diri macam tu memang patut dihindari.
Kalau tak menyusahkan orang lain, tak apa juga.
Ni, orang yang tak bersalah, yang jadi mangsa.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:39 pm
Salam Aidilfitri Kak Long, maaf zahir dan batin.
*sentiasa berhati-hati di jalan raya sama ada memandu atau tidak!
By: Bunga Rampai on 27 September 2009
at 9:47 pm
Salam Aidilfitri…
* Kemalangan tak mengira pemandu ataupun tidak.
Kadang-kadang pejalan kaki pun terlibat kerana sikap orang yang tak bertanggungjawab.
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:44 pm
Salam Aidil Fitri, Maaf zahir batin. UNdian untuk contest weblog popular 1Malaysia sangat diharapkan.
By: denaihati on 28 September 2009
at 9:31 am
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Semoga lebih ramai yang mengundi…
By: Kak Long on 28 September 2009
at 3:45 pm
kemalangan sekarang sungguh mengerikan…
tak sanggup nak tengok..
By: kuina on 28 September 2009
at 3:24 pm
kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa..
By: Kak Long on 28 September 2009
at 5:30 pm
naik bas pun dah rasa tak selamat kanzzz.. huhuhu
tu, yg naik keretapi pun tak selamat juga.. aduhaii kanzzz
hati-hati di jalan yea semua! huhuhuhu
By: maza on 29 September 2009
at 5:03 pm
maza,
tahun ni kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam kurang.
agak2nya dah selamat ke?
By: Kak Long on 30 September 2009
at 1:27 pm