Posted by: Kak Long | 30 September 2009

Kawasan Panas

Semalam, tiba-tiba dapat surat untuk menghadiri kursus sampai hujung minggu. Macam ribut, kena sedia. Enjin baru nak panas, kerja di sekolah pun belum selesai, dah kena keluar pula. Kelam-kabut juga sedia nak berkursus.

Pagi sempat masuk kelas dan kemudian terus je menuju ke tempat kursus kerana pendaftaran mula pukul 2.00 petang. Kali ni Kak Long berkursus di kawasan panas sepanas gurun sahara. Tentu semua sedia maklum, bahawa sekarang ni banyak perhatian tertumpu ke kawasan ini kerana akan diadakan pilihanraya kecil. Jadi, kira bertuahlah sebab dapat juga rasa tempias panas bara di sana.

Ada juga ambil gambar masa dalam perjalanan. Harap2 adalah masa senggang antara waktu kursus untuk upload gambar yang diambil. Kalau tak, kena tunggu balik rumah pulak.

Kak Long dah cuba live blogging di rumah baru Kak Long. Cuma dalam proses percubaan sebab masih berselerak dan berterabur. Malu nak jemput kawan-kawan berkunjung dulu. Nanti kalau dah siap, nak adakan ‘house-warming’, bolehlah sesiapa yang sudi nak bertepung-tawar datang….

Sementara tu, marilah bergolek-gelantang kat rumah ni dulu ya…………


Respon

  1. Waduh…..ada house woming…..kui…kui…leh tengok-tengok rumah baru kak long…….

    • hehehe…tunggu!!!!

  2. jgn lupa bergambar dikawasan panas,hehehhehe.

    • pasti..pasti…
      nak possing habis kat kawasan panas!

  3. Salam,

    Kalau dah buat house warming, kena ada makan-makan pula.. :p

    • Salam…
      nanti kak long buat makan-makan angin ya… :)

  4. ooo..bolehlah mandi laut Kak Long..

    • Orang yang kampungnya memang dekat ngan laut ni, tak kisah sangat nak mandi laut Kujie.

  5. wah… kak long… g kursus ke PD ke?? tmpat sy 2.. :)

    • wah, wah, wah…jMiz Fantasy kat PD ke.
      Bolehlah kita ronda2 sama2.

      • ahaks~ mmg dok PD tp byk msa abiz kat sbn… :)
        keje kat sbn…

        p/s : LP Lum n Miz Fantasy adalah org yg sma.. tkar nma tuk lebh sntimental value n nak jd dri sndri… :)

        • hoho…, dekat je tu…

  6. nak dekat ke PD ke kak long?
    aduuhh..dah dekat sengan seremban tuh…

    sha ingat tadi kak long nak gi gurun..ehehe..

    kursus apelah agaknye?
    dah hujung tahun dah nieh…

    • sha,
      dah dekat akhir tahun, selalunya memang macam2 kursus ada.
      jomlah turun PD…

  7. House warming ? Hmm… ingat makan2 je… hehe…

    • hehehe…
      house warming ni pun kena ada makan2 ke?
      agak2nya kak long nak kena hidangkan makanan apa lah yea?

  8. wah dalam diam2 tengah buat banglo baru rupanya cikgu ni ek…

    buat house warming tu jangan lupa jemput..

    nanti ku datang bawak jemput-jemput..

    • hehehe…
      orang dok menumpang,
      tu yang beli rumah baru…

      ye..mesti jemput punya!

      dan jangan lupa bawak jemput2 ya…

  9. wah sibuknya Kak Long… selamat berkursus.
    Err kalau tak dijemput, tapi Iza nak datang jugak boleh ker huhu…
    isk isk tak malu betoi (*_*)

    • Iza,
      memang sangatlah busynya.
      pukul 11 malam tadi baru selesai slot hari ini.
      tapi blog punya pasal…walaupun ngantuk, masih nak melawat gak.

      Nanti mesti kak long jemput Iza…bawak buah epal ke, anggur ke, huhuhu..

  10. jgn lupa pulut kuning ya…

    • nanti kak long buat segala jenis pulut, hehehe..

  11. sy pun nk join sekali ye kak long ;)

  12. Boleh sy tumpang sekaki?? Hehehe…

    Kak Long sihat ke??? Take care…

    • Nak tumpang dua kaki pun boleh, hehehe…
      Alhamdulillah Zyma, sihat.


Leave a response

Your response:

kategori