Dah bebarapa hari berada di kawasan panas, Kak Long pulang ke rumah semalam. Balik ke tempat sejuklah pulak….
Apa aktiviti hari ini? Nak berehat di rumah. Nak siapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Ayahanda pulak awal-awal lagi dah ke tempat mesyuarat. Ada menteri datang katanya. Tak dapatlah nak meneruskan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara yang ramai lagi belum dikunjungi tu. Hehehe…bukan tak boleh pergi sendiri. Tapi masih gak sibuk nak pergi ngan ayahanda kalau ke rumah saudara-mara ni.
Jadi, duduk rumah ajalah ya. Apa pula menu hari ini?
Hari ini, subuh-subuh adam lagi dah ada jemputan ke rumah terbuka yang diadakan oleh teman sekerja. Pagi2 juga dah ada pelajar dan kenalan yang telefon tanya ada di rumah ke tidak sebab mereka nak beraya di rumah. Nak makan dodol yang kita orang tolong ayahanda kacau seminggu sebelum raya hari tu…
Semalam, masa pulang segalanya lancar walaupun ada kesesakan sebab ada penamaan calon. Jalan ditutup. Tapi kami keluar agak lewat tengah hari, jadi taklah terperangkap dalam kesesakan. Lagi pula, tahu tentang jalan alternatif. Nasib baik, tak teringinlah pulak nak ikut bersesak-sesak dalam kawasan panas.
Kak Long : Teringat cerita si daun kesum dan si bunga kantan. Nak masak laksa. Pergi pasar, alhamdulillah, senang pula jumpa si daun kesum hari ini. Bunga kantan memang ada sekuntum. Nak update cerita kawasan panas dan download gambar, tapi masih tak berkesempatan. Lagipun dah sejuk ni, kuranglah sikit mood nak cerita pasal kawasan panas….


kak long pon nak masak laksa jugak ke? hmmm..sha pon mmg ada tgk berita pasal jalan tutup semalam. ingat nak gi pd..tp sini ujan renyai2 plak…
By: cheryna on 4 Oktober 2009
at 10:01 am
Sha,
marilah memasak laksa,
Kat sini nampak terang aja..
By: Kak Long on 4 Oktober 2009
at 10:49 am
kak long.. ku nk dtg beraya kat umah kak long bole? ehehe… ;p
By: jard on 4 Oktober 2009
at 12:14 pm
meh, meh datang….
nak datang ngan sapa tu?
By: Kak Long on 4 Oktober 2009
at 6:03 pm
kak long…bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor…ada kena mengena dak dgn kuah laksa :p
By: kenari on 4 Oktober 2009
at 12:35 pm
eh…ada kena mengena ke?
memang confuse! hikhikhik
By: Kak Long on 4 Oktober 2009
at 6:06 pm
Eh.. Tie suka laksa, tapi malas nak buat.
Ada peluang makan free tak ?
By: Tie on 4 Oktober 2009
at 5:25 pm
Kalau suka makan laksa,
marilah datang rumah kak long ni ha…
By: Kak Long on 4 Oktober 2009
at 6:07 pm
Sy suka bunga kantan dan daun kesum nihhhh…..sedap dibuat kuah laksa.
Yummy….yummy…
By: Zymazara on 4 Oktober 2009
at 8:33 pm
By: Kak Long on 5 Oktober 2009
at 2:55 pm
Hah laksa?? Nakkk
Peberet tu Kak Long hehe
Waa leganya dapat balik berehat kan Kak Long, selamat berehat, dan selamat makan laksa
By: iza on 4 Oktober 2009
at 11:17 pm
apasal tak datang semalam?
Tak pe, kalau nak boleh masak lagi.
Tak lega juga Iza, banyak kerja lain sedang menanti…
By: Kak Long on 5 Oktober 2009
at 2:57 pm
wah…mintak skit kak..bestnye…
i likeeeeeee laksa
By: Tanpa nama on 5 Oktober 2009
at 8:44 am
mari, mari….laksa semangkuk!
By: Kak Long on 5 Oktober 2009
at 2:59 pm