Cinta Si Model Jelita

LONDON: Seorang model yang sangat kecewa apabila mendapati kekasihnya sebenarnya suami orang, bertindak membunuh diri dengan terjun daripada sebuah pangsapuri mewah setinggi 32 meter.

gambar dan berita dipetik daripada Berita Harian Online

gambar dan berita dipetik daripada Berita Harian Online

Sahar kecewa kerana kekasih suami orang

 

Sebenarnya Mawar tak kenalpun si Sahar tu, tapi bila Mawar terbaca berita ni, kesian betullah kat si model jelita ni. Tapi pelik jugak, kenapa dia nekad bebenar terjun daripada pangsapuri mewah tu. Kok iya pun dapat tahu kekasih hati dia tu suami orang, kenapa sampai nak bunuh diri? Menurut berita tu, dia pergi pansapuri bekas teman lelakinya tu sebab nak ambil barang2 tapi lelaki tu yg ada dlm pangsapuri tu tak nak jumpa dia. Frust bebenorlah agaknya ya! Hish, kan dia tu jelita. Apalah susahnya, satu pergi seribu mari. Lainlah kalau org biasa yang tak jelita macam mawar, satu pergi, setengahpun belum tentu datang lagi. Terfikir pula dalam kepala otak Mawar ni, ntah2 dia bukannya bunuh diri. Tapi dlm laporan tu, bukti2 byk menunjukkan yang dia bunuh diri walaupun ex-bf dia kena tahan untuk siasatan. Kalaulah bukan dia bunuh diri, hem…memang pro betullah pembunuh dia tu.

Entah mengapa, Mawar tiba-tiba teruja pulak nak menulis tentang model tu. Mawar agak si model ni mati-mati percaya habis kat bf tu, sebab tulah bila dia tahu bf dia dah ada isteri, hancur berderaile agaknya hati dia sampai tak boleh berfikir secara rasional lagi. Ramai lagi ke lelaki pakai ‘trick’ dulu-dulu, dah kahwin mengaku bujang? Kat Malaysia ni cam na pulak? Mungkin dah ramai yang berani berterus-terang tentang status mereka agaknya sebab banyak cerita yang mawar baca, wanita2 sekarang tak kisah lagi tentang status bujang, suami orang atau duda. Mawar tak kata semua wanita ok, tapi memang ada yang tak kisah. Ada juga yang kisah agaknya sebab tu timbul konstrversi baru-baru ni, ada artis yang ngaku dah ceraikan isteri dia, padahal tak pun. Bila terbongkar rahsia kan susah. Lebih baik berterus terang dulu kan!

Okaylah, mawar tak nak panjangkan entri ni. Cuma mawar nak pesan kat kawan-kawan mawar, janganlah jadi macam si model jelita tu. Kalau putus cinta, bukan bermakna berakhirnya hidup kita. Mungkin kita jumpa yang lebih baik lagi suatu hari nanti. Kalau terjun bangunan, bukannya boleh selesai masalah pun. Bagi yang beragama Islam, ha..tentu tahu hukum bunuh diri, kan?

Apa-apa pun, ingatlah bahawa cinta pada manusia takkan kekal selamanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s