2009

Hari ni hari pertama 2009. Buat kali pertama sejak Kak Long mengenal e-mail, free greeting card dan sms, tak ada satu ucapan pun yg Kak Long hantar dan balas (byk juga sms ucapan Selamat Tahun Baru buat Kak Long tahun ni, ingatkan sejak dua menjak tak popular ni, oh tidak!!! sedey nye!!! tak ada le orang nak hantar ucapan). Kak long pun tak tahu, entah mengapa, memang tak ada mood langsung nak  hantar ucapan Selamat Tahun Baru kat sesapa pun. Agaknya Kak Long semakin insaf yang usia dah semakin senja dan semakin bongkok sabut kelapa sawit tambahan pula Kak long dah puas sambut Tahun Baru Hijrah yang hari Senin ari tu.

Apa-apa pun, Kak Long tahu yang bila Tahun Baru menjelma, maka cuti Kak Longpun dah hampir habis. Tahun 2008 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan terindah dlm hidup Kak Long tak kurang juga terselit sedikit kisah duka yang menjadi penghias dlm kehidupan Kak Long. Yang paling tak sangka ialah Kak Long menjadi penunggu (seram je bunyinya) wad selama 2 bulan. Punyalah bosan, tapi seronok pun ada. Kalau ada kesempatan, Kak Long nak juga merakamkan bebarapa kisah semasa menjadi sang penunggu ni. Biasalah hidup ni seperti roda, kekadang suka, kekadang duka. Namun Kak Long sgt berbangga dgn diri sendiri (tak lah sampai menerbitkan perasaan riak plak), kerana segalanya dpt dihadapi dgn baik. Lagi satu pada tahun 2008 ni jugalah Kak Long mula jadi ‘memblog’ selepas diperkenalkan oleh jiran meja Kak Long. Seronok jugak dapat ‘mblog’ ni ya. 

Masa dulu-dulu, tiap kali Tahun Baru, tiap kali tu jugaklah Kak Long dan kengkawan Kak Long sibuk bertanya dan menceritakan azam baru. Punyalah berkobar-kobar merekacipta azam baru, padahal tiap-tiap tahun, pi mai pi mai tang tu jugak! Kejap je bersemangatnya. Lepas seminggu dua tu semua dah lupa!

 Sekarang ni, Kak Long pun tak pernah dgr kawan2 kak Long tanya apa azam tahun ni, mungkin sama cam kak Long, dah insaflah tu.

Kepada teman-temanku di mana saja anda berada, semoga setiap hari menjadi lebih baik dan lebih indah daripada semalam.

Advertisements
By Kak Long Posted in 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s