Muhasabah diri?

Sebenarnya, Kak Long memang selalu berkunjung ke blog adik ni  sebab banyak  juga hal-hal menarik yang Kak Long boleh baca dan lihat kat sana. 

Bukannya apa, walaupun Kak Long ni boleh dikatakan nak memasuki usia senja (uhukk!!uhukk!!), tapi dalam zaman ‘semuanya di hujung jari’ ni, memang Kak long kena mengaku yang Kak Long tak boleh lagi gunakan istilah ‘  aku lebih dulu makan garam’  sebab banyak juga hal-hal yang dia bincangkan tu Kak Long tak tahu dan tak pernah terfikir pun dan mungkin sengaja tak ambil tahu.

Salah satu daripada entri yang Khai Kak Long nak kongsi kat sini ialah entri di bawah ni yang bertajuk:

Perkara yang membuat korang sangat ketinggalan Zaman

Cubalah baca dan fikirkanlah… Kak Long ketawa sendiri (bukan ketawakan orang, tapi ketawakan diri sendiri) sebab ada juga antara yang dinyatakan tu Kak Long memang tak pernah tahu pun.

 

[Berikut adalah beberapa senarai yang membuatkan korang kelihatan sangat- sangat ketinggalan zaman. So kalau terkena batang hidung, pandai-pandai la majukan diri. edit * Kalau ada salah maklumat, tolong betulkan.

1. Apabila ditanya mengenai apa alamat sesebuah website, korang akan menjawab “w w w, dot … bla bla bla ” instead of tanpa www. Ramai kawan-kawan Khai macam ni la. (Dulu Kak Long pun cam ni gak, tapi sekarang ni dah pandai dah sikit…sikit je!)

2. Bila korang mendengar orang bercakap address website tanpa www, korang akan bertanya, ” Eh, ade www ke takde? ” … *edit Website banking seperti Maybank2u memerlukan WWW. Ini dikecualikan kalau member korang tanya ada www atau tidak. (Eh, lupalak, dulu Kak long ada tanya cam ni ke??)

3. Apabila menaip address sebuah website di browser, korang akan menaip secara penuh. Contohnya “www.scukz.com” atau “scukz.com”.. Padahal orang zaman sekarang hanya akan menaip “scukz” diikuti Ctrl + Enter untuk “com”, Shift + Enter untuk “net” dan Ctrl + Shift + Enter untuk “org”. *edit Untuk Firefox, website popular seperti myspace, facebook, yahoo, google dan sebagainya hanya memerlukan namanya sahaja. Contoh, taipkan Myspace dan hit Enter. Ia akan direct ke myspace.com. (Ni memang Kak Long tak tahu pun, bila dah baca entri Khai ni, terus je Kak Long buat macam tu, oh…mcm tu rupanya)

4. Apabila tulisan di sesebuah website terlalu kecil, korang akan rapatkan kepala korang dengan monitor. Sepatutnya, korang hanya perlu hold “ctrl” dan “scroll up” (Wlwpun dah senja, tapi K. Long masih blh bangga dgn mata Kak Long, ehem,,,)

5. “Apa punye blog la. Buruk nak mampus”.. Hurmm, padahal korang menggunakan Internet Explorer 5 dengan rosolution 800 x 600 … Poor guys.. (Tang ni x pnh lak K.Long alami, lagipun Kak Long ni tak reti psl nak ngutuk org ni *dlm kurungan, baiklah konon!!)

6. Anda membeli laptop berjenama Acer yang terkenal dengan harga murah tapi kualiti pasar malam. Macam member Khai dia cakap laptop Compaq harga sama tapi takde build-in camera macam Acer yang dia beli tu. Well, selamat berhibur dengan sound Acer yang hanya 45% kekuatan bunyi Compaq dan pelbagai masalah hardware dan driver beberapa bulan selepas itu. Percayalah! *edit Mengikut pengalaman Khai. Lain orang lain pengalaman dan citarasa. (K.Long ada 2 lap top Acer ni. 1 dah simpan bwh katil, 1 lg sekali sekala tu pakaile juga sbb laptop free, lgpun K.Long pun dah ada laptop baru)

7. Berlumba-lumba beli handphone yang “ada 3G” kononnya mengikut trend, hakikatnya kredit yang selalu kosong dan 3G masih belum diactivate. Jika activate’pun, boleh dikatakan tak sampai 10 kali pun korang gunakan untuk video call mahupun internet. (Ha, psl hp ni, K.Long advance sikit, lg pun bila pakai plan 3+1 tu, kenalah gunakan sebaik mgk. Kan free, mana boleh tak guna)

8. Korang merasakan korang dah menaip laju padahal korang masih menggunakan 3 jari disebelah kanan dan 3 jari lagi disebelah kiri. Hanya mereka yang menggunakan 10 jari sepenuhnya boleh dianggap menaip laju. Kalau yang still guna satu atau dua jari tu, lagi la tak boleh diterima. (Alahai, janji blh taip Khai. K.Long t’ingat kata mak masa K.Long nak bljr menaip, dia kata, bukannya ko nak jd kerani. Skrg ni, budak sekolah rendah pun lg laju menaip dr K.Long agaknya) 

9. Korang kecoh cakap tak boleh nak nengok Youtube. Alasan internet lembap. Tak Guna Tmnet! Then masuk Justkhai ni pon korang kata slow dan lembap. Apa punya owner la korang kata. Ntah hosting lembap mana la dia sapu. Khai jugak kena. Hakikatnya, korang guna dial-up lagi rupanya. What the Fish?!! At least, Streamyx la babe! (Hem, nak komen apa ya? Kak Long pun baru je setahun pencen guna dail up ni)

10. Masih merasakan Blogspot jauh lebih baik dari WordPress. Malas nak komen macam-macam since ramai reader kat sini pun dari Blogspot kot. Kesimpulannya, bertukar kepada WordPress. Ape blogdrive lagi? hahaha. Oh! Tidak. *edit Blogspot bukan tidak bagus tapi wordpress adalah terbaik. ( K.Long baru je belajar mem’blog’ ni. Bila Khai bgtau WordPress lebih baik dr Blogspot, Kak Long pun cubalah WordPress. Tapi rasanya lebih senang di Blogspot wlwpun kat WordPress nampak cam cantik sikit)

11. Bila sebut tentang “Torrent“, apa yang terlintas di kepala korang adalah ?, ?, ? dan ? .. Hurm, camne ni? (Langsung tak melintas apa2)

12. Masih beratur panjang kat Pejabat Pos untuk bayar bil air, api, astro dan sebagainya. Ek eleh, internet kan ade.. Method paling mudah, gunakan Maybank2u. Begitu juga untuk topup dan sebagainya. Nak beli Choki Choki tak boleh la yer. (Nampaknya ada gak yg mbuat K.Long rasa mcm advance sikit, sbb K.Long dah guna Maybank2u since 2001 lg. Tapi sampai skrg, K.Long masih kena g pej pos utk byr bil air!)

13. Masih menonton berita jam 8 Malam di RTM1 berbanding TV3.. *edit Berita Tv3 lebih telus dan merangkumi semua aspek. Mereka juga ternyata jauh lebih professional. (KLong layan je semua)

14. Masih menggunakan Internet Explorer untuk surf internet. Come on, tu browser yang paling ‘haram’ sekali untuk digunakan. Khai pelik, apesal kat kebanyakkan Cybercafe, malas sangat orang tu nak Install Firefox. (Alamak, ni yg terasa sedap sgt mkn cili ni. KLong masih x kenal lain2 selain Internet Explorer dr zaman berzaman dan lepas baca entri ni masih ?????)

15. Tido pada jam 9 malam dan bangun pada jam 7 pagi. Korang dah bazirkan lebih dari 1/4 masa korang dalam sehari dengan tidur. Kalau sometime-sometime sebab penat boleh diterima, tapi kalau itu dah memang jadual korang, susah la nak cakap. *edit Ianya dah melebihi masa tidur normal seseorang manusia. At least… (Tidur oh tidur!!)

16. Masih menggunakan Yahoo! instead Google untuk search apa-apa di internet. Google adalah yang terbaik kalau korang nak search apa-apa maklumat. Untuk Yahoo! pulak, since Flickr (cara sebutan adalah “fliKer”) tu dia punya, memang terbaik untuk search images yang cantik. (Since KLong ada buat assignment pasal bbrp search engine ni masa buat master dulu, KLong mengakuilah kebenarannya bhw hits dgn Goggle lebih baik)

17. Ada orang tu cakap, korang akan ketinggalan zaman kalau korang hanya mempunyai satu pakwe dan makwe. Isk isk.. tapi bagi Khai ni bukan ketinggalan zaman pun sebab lain orang, lain dia nye citarasa kan. *edit Jangan nanti tuhan balas kene batang idong balik bila dah jumpa someone, baru tahu. Hehehe (Ye ke, tak tahu pulak)

18. Mohd Ismail mengatakan, seseorang tu even dia tak nampak ketinggalan zaman pun, tapi dia akan ketinggalan zaman dari segi pemikiran dia. Contohnya, korang nengok si Ali ni melaram punya la up to date David Backham, tapi pemikiran dia still low class. Orang dah ke 2.0, dia still in 1.0 .. Otak memang nak kene upgrade tu. Hehehe. (Mbaca dan blogging satu cara nak upgradeotak kan?)

19. Hafreze kate, Korang ketinggalan zaman bila korang kene tipu idop-idop dengan mereka-mereka yang buat business web dalam internet ni. Contohnya, mereka charge dalam RM100 untuk install WordPress atau apa-apa CMS lain. Padahal menda tu korang boleh install terus je guna Fantastico dalam Cpanel. Hahaha. Lawak kan? Contoh? Niaga Kit (sila Google. Malas nak kasi trackback). (KLong selalu gak kena tipu idup-idup sbb kalau dah mati, kena tipu lagi ke?)

20. Still menggunakan sistem chat paling simple, MIRC. Tolong la bertukar ke Yahoo Messenger atau Google Talk. Kan lebih enak. Tapi itupun kalau gunakan MIRC untuk Chat. Kalau guna ke , korang mmg up to date. *edit Khai tahu, MIRC bagus. Kepada yg pro2 tu, x perlu nak backup MIRc lagi ok. (dah lama tak chating sejak ada sms)

21. Masih menyebut antivirus Kaspersky sebagai “kas-per-skai” walau pada hakikatnya patut disebut sebagai “kas-per-ski”. Begitu juga Nike. Korang menyebut Nike sebagai “NaIk” walau pada hakikatnya patut berbunyi “Nai-Key”. Hahaha. Macam Versace pon. Orang sebut “ver-sa-che”, korang sebut “versis”.. (Oh…tergeliat lidahku!)

22. Korang apply internet mahal-mahal sampai RM130 sbulan (contoh Maxis Broadband). Tapi masalahnya korang gunakan just untuk Online Myspace, Facebook dan sebagainya. Alahai? Boleh fikir cara camne nak guna internet jugak untuk bayar bil internet korang tu tak? (Share dgn jiran sebelah jd berbaloi jg sbb guna tanpa had)

23. Mencuri sedaya upaya motor 125zr warna Maroon milik Khai. Padahal, kalau korang mintak baik-baik, macam la Khai tak boleh kasi? Lalalala.. (Sian ko Khai…)

24. Pos surat guna setem. *edit Kalau nak Classical Touch tu lain la. Ini benda-benda remeh, teknologi kan ada. Kau pun tahu. (Nasib baik le KLong tulis surat cinta dgn e-mail)

24 je la yang dapat Khai senaraikan. Sure banyak lagi kan. Kalau korang ada pendapat sendiri, letak kat komen yer. So dapat kita sama-sama ubah diri kita yang mungkin ada sedikit ketinggalan zaman kepada “nampak bijak” la jugak. Hehehe.

Psstt: Please jangan emosi kerana entri ini disiapkan dalam masa 5 minit (idea rambang ape yg terlintas). Kalau salah Khai minta maaf dan tolong betulkan dengan cara baik. Bukan secara sinis atau kata lainnya, agak biadap + macam bagus. Orait kan?

Okaylah tu, nampaknya selesai juga KLong memuhasabah diri sendiri berdasarkan piawai ‘ketinggalan zaman’ Khai tu. Kalau ada yang nak tumpang sekaki ke, semeter ke, sila le jangan segan-segan. 
 
 

 

Advertisements
By Kak Long Posted in 1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s