Januari datang lagi

Mesyuarat bermula awal pagi. Kononnya nak pergi awal, tapi sampai ‘on the dot.’ Tak apalah, asalkan tak lewat.

Hem..hari ni boss baru dah sampai.

Bagaimana? Nampak ok, harap ok.

Mesyuarat berakhir awal.

 Ada sedikit jamuan selepas mesyuarat. Kemudian,  kak Long dan ina pergi ke bandar. Sibuk sgt nak update buku akaun ASB. Mula-mula ke pej pos, tak boleh, offline. Kat CIMB pun sama. Cuma Maybank je yang setia melayan org2 yg tak sabar nak tgk bonus ASB termasuklah Kak Long (.Sebenarnya Kak Long bukannya tak sabar, maklumlah Kak Long ni kan penyabar sikit orangnya? Iya ke??) Sebelum ni, tak pernah-pernah Kak Long ‘update’ buku ASB pada hari pertama urusniaga ASB dimulakan semula, paling cepat bulan Februari baru Kak Long sibuk nak update), tapi sebab dah menumpang ina yang semangat sgt nak tgk dividen & bonus dia (Hai… maklumlah tahu yang dia nak dpt dividen & bonus banyak), akupun terpaksa jugalah menyalakan semangat untuk menunggu. Kaunter utk urusan ASB hya 1, manalah tak menunggu hampir 3 jam. 

Menyesal betul aku tak bawa kereta masa tu. Kalau tak, dah lama aku boleh balik dan bersenang-lenang di rumah sambil nak memulakan tugasan Isnin nanti. Tapi bils fikir secara positif, kurang-kurangnya mengajar aku erti sabar menunggu dan dpt juga berkongsi cerita dan pengalaman semasa bercuti. Kalau dah mula bertugas, manalah ada masa nak sembang lama-lama.

Sementara menanti nombor, dua tiga kali kami keluar masuk bank. Ha,.. Kak Long dgn ina sempat g minum-minum dan window shoping lagi sementara tunggu giliran kami.

Ina hantar balik dan Kak Long ngantuk sgt………….

Advertisements
By Kak Long Posted in 1

2 comments on “Januari datang lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s