Guru oh guru!

Menjadi cikgu, orang kata seronok sebab banyak cuti. Balik pun cepat. Itu orang kata, cuba tanya cikgu pulak, sama ke jawapannya?

Kalau tanya pada Kak Long, memang seronok jadi guru, bukan kerana banyak cuti sebab orang yang tak jadi cikgu tak tahu, waktu cuti pun cikgu kena pergi sekolah. Macam-macam ada masa cuti sekolah. Kena hadiri kursus, periksa buku latihan & kertas periksa (kalau bulan Disember, mesyuarat & terperuk beberapa minggu periksa kertas) ,) dan jaga periksa. Itu belum lagi masuk ko-kurikulum hari Sabtu, tambah pulak kelas tambahan bagi yg mengajar kelas periksa. Jadi, banyak cuti tu ya? Kalau orang lain kerja masa cuti, tentu bayaran kerja lebih masa @ over time nya berlipat ganda, tapi cikgu ni, semua tu percuma kecuali kalau periksa kertas-kertas peperiksaan  dan jaga peperiksaan SPM, STPM dan seangkatan dengannya.

Kalau Kak Long seronok jadi guru sebab balik awal pun tak betul juga. Kalau dulu-dulu, mungkin habis je waktu persekolahan, boleh balik. Tapi mungkin ada antara mereka yang bukan guru dan tak ada ahli keluarga yang menjadi guru ni tak sedar, sekarang ni waktu persekolahan bukan setengah hari je. Ada sekolah yang jadual waktunya sampai pukul 4.30 petang. Itupun belum masuk lagi pada hari yang ada ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Mesyuarat pun bukannya boleh buat waktu persekolahan, jadi bila pulak cikgu ni boleh kerja setengah hari lagi sekarang ni ya!

Tak mengapalah, biarpun orang kata kerja guru ni senang, biarkan aja lah. Kalau nak tahu, cubalah jadi cikgu dua tiga bulan dulu. Ada ibu bapa yang kalau boleh tak suka cuti sekolah sebab tak sanggup nak melayan kerenah anak mereka yang pelbagai. Kalau boleh biar anak mereka sekolah sepanjang tahun sebab cikgu kan hebat, boleh jaga 30 orang serentak! Tabik cikgu!!

Eh, Kak Long belum cerita kenapa Kak Long kata jadi cikgu seronok kalau bukan kerana cuti yang banyak dan kerja sekerat hari tu. Hem, jadi cikgu ni memang seronok kalau kita memang minat dengan dunia pendidikan ni. Dulu Kak Long menceburi bidang pendidikan pun bukan sebab kegawatan ekonomi dan susah dapat kerja lain. Kak Long memang tahu keputusan kak Long meninggalkan bidang yang Kak Long ceburi sebelum ini akan mendapat tentangan hebat daripada keluarga Kak Long tapi apa nak buat, dah minat Kak Long ke arah itu. Kak Long masih ingat, berjam-jam Kak Long terpaksa menahan telinga mendengar ‘ceramah kerjaya’ daripada ahli keluarga Kak Long yang menyatakan jadi pendidik ni tak ke mana. Tapi azam dan cinta Kak Long yang kuat terhadap dunia pendidikan ni membuatkan Kak Long tetap teguh dengan pendirian Kak Long untuk jadi pendidik. Memang daripada segi ganjaran, gaji Kak Long tak seberapa dibandingkan adik-beradik dan ipar-duai Kak Long yang rata-ratanya menceburi bidang perniagaan atau bekerja di syarikat swasta. Bonus diaang aje pun dah melebihi gaji Kak Long setahun.

Apapun, Kak Long tetap seronok jadi pendidik ni. Kalau Kak Long tak jadi pendidik, Kak Long pasti Kak Long tak menghargai ilmu. Kak Long pasti tak ada semangat nak meneruskan pendidikan Kak Long ke peringkat yang lebih tinggi. Tengok aja adik Kak Long. Balik je dari luar negara, terus kerja dan masa dapat tawaran sambung belajarke peringkat sarjana dengan biasiswa pun tak mahu sebab katanya dah penat belajar. Bukan Kak Long aja. Kak Long tengok, ramai rakan-rakan seperjuangan Kak Long yang sentiasa bersemangat menyambung pelajaran, tak kiralah peringkat sarjana atau kedoktoran. Mungkin sebab kami sentiasa berada dalam lubuk ilmu, maka perasaan cintakan ilmu itu tidak pernah terpadam. Kalau nak ikutkan, dapat sarjana ke, dapat ijazah kedoktoran ke, bukannya gaji kami naik pun.

Banyak lagi sebab yang membuatkan jadi pendidik ni seronok. Nak tahu apa lagi …..?? Nanti kalau ada masa yang sesuai, Kak Long cerita lagi. Kalau tak nak tahupun, Kak Long tetap akan cerita juga okay!

Advertisements

6 comments on “Guru oh guru!

  1. Kak Long jangan lupa, kata Dato Yaakub Isa, bekas KPP Kurikulum Negeri Pahang. Anak cik gu ramai yang berjaya belajar tinggi sebab setiap hari anak-anak cik gu lihat buku disana sini dalam rumah cik gu. Ini yang membuatkan semua anak cikgu berminat kepada buku. Cikgu tak perlu ajar pun dah menjadi sebab persekitarannya dah begitu. Saya pun cikgu juga. Memang betul kata Kak Long tu sokong 100%.

  2. post yang menarik dalam zaman orang memandang guru ni low-standard job..tapi sebenarnya guru antara orang yang beruntung dalam dunia dan juga di akhirat jika betul caranya kerana orang yang meninggalkan dunia hanya ade 3 benda yang dibawa, anak yang soleh, amal jariah dan terakhir ilmu yang bermanfaat. guru telah pun mendapat salah satu daripadanye 🙂 aku bakal guru..masih menuntut

  3. Alberangque, kata2 Dato Yaakub Isa tu benar rasanya. Arwah ibu Kak Long seorg guru, dan alhamdulillah, semua adik beradik Kak Long berjaya melanjutkan pelajaran ke U dlm & luar negara walaupun dulu, kalau ada masalah pelajaran, jangan haraplah nak tanya padanya. Cuma, kami tak digalakkan jadi guru, dan akhirnya, cuma Kak Long seorang yg ikut jejak langkah arwah ibu.

    Avataraang, terima kasih. Insya Allah,setiap ilmu yg kita berguna buat pelajar-pelajar kita tu sekurang-kurangnya jadi bekalan di akhirat kelak. Semoga andai jadi guru yang cemerlang nanti.

  4. Ayah Tie pun guru juga, sekarang dah pencen.

    Guru sentiasa disanjung dan dikenang, jasanya tetap diingati dan dihargai. Teringat masa ayah terima buah tangan dari anak2 muridnya. Walaupun hanya sebatang pen, dia suka betul.

  5. Pingback: Mawar Merah » Ada apa dengan cuti sekolah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s