Sehari di tengah kota

Beberapa hari lepas, seharian Kak Long di KL. Pagi-pagi lagi Kak Long dah siap. Kalau lewat nanti, tentu dapat nombor yang entah ke berapa. Ke rumah adik dulu sebab dia dah bermurah hati nak temankan Kak Long hari ini. Aku terpaksa ambil CRK hari ni untuk menguruskan pasport pembantu rumah Kak Long.

p2110575

Selepas menguruskan dokumen yang diperlukan, kami ke Pavillion.

p2110568

Kami meninggalkan kereta untuk dicuci dan dikilatkan. Sementara itu, singgah minum di J CO Donuts & Coffee.

p2110566

p2110567

Bagi penggemar donuts, kalau anda penggemar Dunkins @ Big Apple, Kak Long nak syorkan anda mencuba donuts di J Co ni. Pada pendapat peribadi Kak Long, donuts ni lebih lembut dan tidak begitu manis. Sedap!!! Kak Long pun suka airnya. Pada kali ni, Kak Long minum Caramelite.

Selepas berehat di J Co sambil menikmati muzik dan membaca akhbar beberapa ketika, Kak Long sempat  ‘mencuci mata’ dan ‘mencuci duit’ di Pavillion. Lepas tu, Kak Long bersiar-siar pula di Bukit Bintang. Lama juga Kak Long tak ke sini.

Setelah membeli telefon baru di Sg Wang Plaza, kami kembali ke Pavillion untuk mengisi perut yang telah berkeroncong. Lewat juga kami makan tengahari sebab leka membeli belah di Sg Wang dan Bukit Bintang. Dan tengah hari itu, kami menikmati hidangan Jepun di Pavillion.

Kak Long sempat ambil beberapa gambar saja kerana tiba-tiba bateri habis.

p2110572

masak1

 

 

 

 

 

Kak Long makan bersantai-santai sahaja kerana menunggu pembantu rumah Kak Long siap dengan urusannya di kedutaan tu.

Lebih kurang pukul 4 petang barulah Kak Long ke kedutaan semula. Itu pun setelah pembantu rumah Kak Long telefon kerana nombornya sudah hampir. Punyalah lama daripada pagi sampai ke petang urusan tu baru selesai. Sebab tu, Kak Long malas nak tunggu di sana. Datang pagi-pagipun, petang baru urusannya selesai. Beginilah keadaannya hampir setiap kali berurusan di sini. Kalau sehari lebih kurang 2 ribu orang berurusan di kedutaaan tu, kira ajelah kalau setahun! Itupun baru satu kedutaan. Bagaimana pula dengan kedutaan Bangladesh dan Pakistan?agaknya? Kak Long belum pernah pula meninjau ke sana!

Letih juga seharian di tengah-tengah kota. Sesekali berehat sewaktu orang lain sibuk bekerja, seronok juga. Lagipun, bukan selalu Kak Long sengaja ambil cuti rehat. Sekali dalam beberapa tahun!

Advertisements

6 comments on “Sehari di tengah kota

    • Charm, ramai suka dtg M’sia.
      senang cari rezeki
      rakyat negara kita pun pemurah, suka sedekah peluang kerja kat org luar termasuklah kak long sekali. Dah nak cari org kita sdn, banyak sgt masalahnya.

      Ija, g lah jalan2 cari makan mcm Kak Long. Tu baru nampak gambar, nanti jumpa terus sambar!

      As, CRK tu singkatan drpd Cuti Rehat Khas. Dlm setahun kami ada hak nak ambil CRK ni 7 hari tp tak bolehlah ambil sekali gus. Sedap J Co tu, tak manis sgt. Try le sekali, mesti nak lg.

      Salam Amy,
      terlupa nak caj bateri tu. sawi tu, makan panas2 sedappp…

      Salam kenal ChekguBH..
      Terima kasih datang ke blog kak long. haah, chekgu, sekali sekala, semua kak long nak cuba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s