Terkantoi

Belakangan ini Kak Long sibuk sangat. Sejak minggu lepas, banyak tenaga ditumpukan untuk membuat persiapan mesyuarat agung. Siap surat, panggil mesyuarat AJK, telefon sana, pergi sana, pergi sini, beli itu dan ini, jumpa orang itu dan ini dan macam-macam lagilah.  Dah namanya pun Setiausaha, kenalah setia dan sentiasa berusaha.

Minggu ni aja, dari Isnin sampai Khamis Kak Long kena balik lewat. Mesyuarat AJK, kemudian, kelas tambahan dahlah 2 hari, ko-kurikulum lagi. Sejak masuk kawasan sekolah, sampailah balik, ada-ada saja yang nak diuruskan. Dah beberapa hari, nak pergi makan di cafeteria pun tak sempat.  Kerja-kerja memeriksa latihan pelajarpun dah tertangguh ni. Habis aja mesyuarat agung ni, teruklah Kak Long kena pulun periksa latihan.

Apa nak buat, dah tugas. Namun begitu, Kak Long tabik spring, kerana bantuan daripada rakan-rakan Kak Long yang telah Kak Long lantik secara paksa rela sebagai JK Kerja bagi menjayakan mesyuarat itu nantilah yang banyak membantu Kak Long membereskan segala keperluan menjelang hari mesyuarat itu. Mereka turut bertungkus-lumus bila Kak Long buat muka kesian minta tolong beberapa bahagian kerja yang hendak diuruskan. Cayaang korang semua!

Namun begitu, hari ni ada satu adegan ‘lu kena beb!’ telah terjadi pada diri Kak Long. Sebenarnya, Kak Long malu nak cerita, tapi Kak Long tetap nak cerita jugak! Nasiblah korang nak kata apa. Tapi sebelum tu Kak Long nak nyanyi satu lagu lama yang Kak Long ingat-ingat lupa senikatanya dan siapa yang nyanyi ntah? (kalau korang ingat, bagitaulah Kak Long ye!) dengan suara sumbang Kak Long yang boleh membuatkan sang kodok tersipu-sipu mendengar suara Kak Long.

“Janganlah aku dihina,

deritaku cukup sudah…”

Duhai kawan semua, cukup cubaan bagiku,

Nyalakan sinar bagiku..”

Ceritanya bermula begini:-

Malam semalam, hampir pukul satu pagi baru Kak Long selesai siapkan buku program untuk mesyuarat agung tu. Dah hampir 2 minggu Kak Long kumpulkan bahan-bahan yang nak dimasukkan. Kak Long cadang, pagi ni Kak Long nak hantar ke bilik cetakan untuk diperbanyak. tapi asyik kena tunggu beberapa muka surat lagi kerana ada masalah pada bahagian tu. Kena hantar hari ni jugak, kalau tak mesti tak sempat nak susun dan klip menjelang mesyuarat nanti.

Pagi ni, sampai je sekolah, Kak Long semak balik. Ternampak ada sedikit kesalahan muka surat, jadi Kak Long ambil keputusan nak betulkan segera masa tu jugak tapi tak sempat sebab Kak Long ada kelas pagi. Tambahan pula, Kak Long dah janji nak bagi ujian bulanan pada pelajar hari ni. Maka fikiran jahat pun datang di minda Kak Long. Kak Long nak taip sekejap sambil awasi pelajar buat ujian.

Lepas edarkan soalan, pelajar pun mula menjawab dengan khusyuknya. Kak Long ronda juga sekali sekala dan alhamdulillah, pelajar Kak Long tekun menjawab. Kak Long teragak-agak, boleh ke Kak Long taip kejap sementara budak2 tu sibuk menjawab ujian. Ah, terdesak, kan! Kak Long pun pasanglah komputer dan mula betulkan kesalahan yang dah Kak Long kenalpasti tadi. Ada gak rasa bersalah, tapi dalam hati Kak Long ada juga fikir, Kak Long bukan buat kerja peribadi pun! Tengah ghalit melayan aksara pada komputer tu, tiba-tiba terdengar suara garau Tuan Besar menegur pelajar Kak Long (masa tu ada beberapa minit lagi nak habis masa), yang sempat gak nak melayan mata mereka sambil mencium keharuman meja tulis dia orang.

Aduhai, kantoi! Tapi Kak Long sedar, yang Kak Long memang bersalah. Ampun….. Taubat nasuha, lain kali tak buat lagi. Kawan Kak Long kata, orang, biasanya kalau tak biasa melanggar peraturan, sekali buat pasti terkantoi!

 

Advertisements

4 comments on “Terkantoi

    • Memangpun, tapi yang peliknya, dlm mesyuarat lepas selesai program tu, Tok Ketua boleh pulak puji yg kerja KLong cemerlang gemilang dan nak kekalkan jawatan utk 2 thn lagi..Oh tidak!!!Confuse Kak Long…

  1. bagus la macam 2..maknanya kak long perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan cuba tidak melakukannya dalam masa yang sama menjadi pemegang jawatan yang berjaya..heheheheh 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s