Sambutan Maulidur Rasul

Seronoknya cuti, tapi hari ini Kak Long ada aktiviti di sekolah. Kami ada sambutan Maulidur Rasul. Sebenarnya kami menyambutnya selama 3 hari 3 malam. Tak caya? 3 hari tu, betul, tapi yg malam tu cuma 1 malam je.

Hari pertama, kami ada perarakan mengikut tingkatan. Tahun ni setelah 2 tahun direhatkan daripada menjadi guru tingkatan, Kak Long dianugerahkan kembali jawatan guru tingkatan. O..dengkilah tu! Apa-apapun Kak Long suka gak jadi guru tingkatan ni. Selalu dapat publisiti percuma,  ha..mulalah glamour tak pasal-pasal terutama masa perhimpunan. Eh, terkeluar tajuk pulak! Okaylah, berbalik pada sambutan Maulidur Rasul ni, maka, dengan ‘glamournya, Kak Long pun sama-sama berarak daripada perkarangan asrama sampailah ke dewan besar. Berpeluh juga dibuatnya walaupun taklah sampai berkilometer-kilometer.

Sampai di dewan besar, ada beberapa acara iaitu persembahan nasyid, marhaban dll.

Pada hari kedua, kami ada majlis berkampung. Sejak awal pagi, kami menghadiri kursus sembelihan. Sembilan puluh sembilan campur satu ekor ayam dan dua ekor lembu tumbang. Malam pulak, kami ada ‘rewang’ atau persediaan untuk majlis jamuan dengan bantuan masyarakat setempat.

Pada hari ke-3 atau hari kemuncak pada hari ini, kami menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul. Dan sebelah tengah hari nanti, kami akan bersama-sama menikmati jamuan.

Begitulah sambutan Maulidur Rasul yang Kak Long dan warga sekolah Kak Long sambut. Meriah? Oh, tentu saja, tetapi yang penting semoga kami semua akan sama-sama menghayati hari ini iaitu 12 Rabiulawal iaitu tarikh penting dalam kalender Islam ini iaitu mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan yang paling penting  memperingati episod unggul perjuangan Rasulullah S.A.W. Semoga kita juga akan dapat mengamalkan keseluruhan akhlak terpuji yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W, Insya Allah.

 

Advertisements

4 comments on “Sambutan Maulidur Rasul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s