SPM oh SPM

Dua hari lepas, keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Tentu yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tu senyum lebar. Yg kurang menyerlah, janganlah sedih sangat…

Kak Long pasti kebanyakan (Kak Long ulang, kebanyakan yang maksudnya bukan semua, sebab ada jugak yang tak rasa apa pun) dari awal pagi lagi calon-calon yang mengambil SPM 2008 dah berdebar-debar kan? Bukan saja calon-calon ni yang berdebar, entah2 ibu bapa mereka mungkin lebih berdebar-debar lagi. Kak Long pun tumpang sekaki debaran itu. Biasalah tu, sebagai guru yang mengajar mereka. nak juga tengok hasil pencapaian pelajar-pelajar kita.

Meriah sunguh suasana di dewan pada masa tu. Sejak pagi lagi dah ramai pelajar yang berkumpul di luar dewan. Ada yang datang sendirian, bersama kawan-kawan dan ada juga yang ditemani ibu bapa masing-masing.

Bila sahaja Tok Ketua pulang dan unit peperiksaan selesai menyerahkan keputusan kepada mantan guru tingkatan, maka, Kak Long pun sempat gak menyibuk menyemak dua tingkatan yang Kak Long ajar. Gembira sungguh rasanya bila keputusan kedua-dua kelas itu menepati sasaran 100% di tambah pula dengan kualitinya agak baik. Jangkaan Kak Long bahawa pelajar 1 kelas tu lebih separuh mendapat A juga menjadi kenyataan.

Bila mereka datang berjumpa dan mencium tangan Kak Long, terharu sangat rasanya dan bangga mendapat pelajar yang masih menghormati guru-guru mereka. Dan ada satu ayat yang dikatakan oleh mantan pelajar Kak Long yang akan Kak Long simpan di sudut hati Kak Long sebagai galakan untuk terus menjadi pendidik yang sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan kepada anak bangsanya. Terima kasih Hanif! Semoga anda semua akan terus berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s