Ada apa dengan cuti sekolah?

Cuti oh cuti….kau datang lagi!

Hari ni dah masuk 5 hari cuti sekolah. Tapi Kak Long masih belum dapat menikmati cuti sekolah kali ni. Dahlah tak merancang bercuti ke mana-mana, banyak pula urusan berkaitan sekolah dan peribadi yang perlu diselesaikan. Akhirnya, cuti yang dah berlalu 5 hari ni habis begitu saja.

Kak Long bercuti sehari lebih awal, bukan kerana Kak Long bertugas di negeri-negeri yang cutinya jatuh pada hari Jumaat, tetapi disebabkan sedikit musibah yang menimpa diri, uhuk! Tapi alhamdulillah, segalanya dah pulih seperti sediakala.

Oleh sebab Kak Long tak dapat bertugas pada hari terakhir sebelum cuti, maka tak dapatlah Kak Long sama-sama menyibuk meneliti analisa peperiksaan SPM 2008 yang baru diumumkan pada hari sebelumnya. Maka, bermula hari Isnin lagi, Kak Long dah  menjengokkan muka ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang seharusnya diselesaikan pada hari Jumaat tu.

Esok pula Kak Long nak menduduki peperiksaan PTK. Patutnya dah tak payah nak ambil periksa lagi sebab kali pertama ambil ari tu dah dapat 4 -4. Dah naik T2, nak pulak naik T3. Dah daftar, tiba-tiba tersedar diri pulak yang dah cukup syarat untuk naik gred seterusnya. Habis tu, kenapa plak Kak Long sibuk-sibuk nak ambik?  Kalau tak pergi ambil periksa…pasti Kena ‘gam’ setahun (apa??? korang ingat artis je ke yang kena gam? ) Tak apalah, jadi esok, Kak Long saja-sajalah bersuka ria ngan teman-teman yang lain pergi periksa. Untung-untung dapat 4-4 lagi walaupun sebiji harampun Kak Long tak baca. Kira comman sense aje lah ya. Untung sabut timbul… Kalau dalam air, memang sabut yang timbul, bukan Kak Long. Kak Long sure tenggelam punya!

Dah tu ada hal pula yang buatkan Kak Long naik hangin! Mana taknya, dahlah bekukan cuti sebab nak selesaikan urusan peribadi ni. Kalau time sekolah, mana nak sempat. Nama je kerja setengah hari, tapi tu atas jadual je, macam yang Kak Long cerita dalam entri Guru oh Guru! Hal ni pun satu sebab yang membuatkan Kak Long tak mampu menikmati cuti sekolah kali ni. Sebenarnya, dah dua hari Kak Long pergi ke FOMEMA. Ntah apa2… semanjang-manjang asyik sistem down aje. Dari pagi semalam, sampai ke pagi ni, tak siap-siap lagi urusan Kak Long. Jadi nak ‘update’ blog pun tergendala aja.

Jadi, apalah maknanya cuti sekolah Kak Long kali ni kalau tak menyelesaikan semua masalah yang tak dapat diselesaikan kerana kesibukan melampau masa sesi persekolahan belakangan ni. Nanti hari pertama selepas cuti je, ada mesyuarat. Jadi banyak lagi yang Kak long kena uruskan. Kak Long cuma berharap Kak Long mampu selesaikan segalanya sebelum cuti ni berakhir.

Advertisements

4 comments on “Ada apa dengan cuti sekolah?

  1. Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah (MALAM INI)
    .
    Tarikh:
    21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)
    selepas Maghrib
    .
    Lokasi:
    Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (Zoo Negara)
    .
    Tetamu Khas:
    Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut),
    Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan
    Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:
    Sholat Maghrib berjemaah , Bacaan Ratib al-Haddad, Bacaan Maulid – Diyaul Lami’, Ceramah oleh Habib Kazim , Qasidah , Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz , Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim , Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid , Sholat Isya’ , Jamuan.

    Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.
    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. salam cikgu bersekolah di mna?
    saya lisa dr puchong
    klu2 cikgu berminat nk wat personal loan ngn bank rakyat blh la
    sy watkan….
    special 4 goverment only..
    interest rendah berbanding bank lain2..
    klu berminat coll la sy`opis number is
    0380238999~
    =p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s