Gelisah

Gelisah….gelisah….
Sedang menaip tadi terdengar lagu dendangan Ahmad Jais ni. Eh eh, macam tahu-tahu aja hati Kak Long yang sedang resah gelisah. Apasal le pulak nak resah gelisah? Sebenarnya, dalam tak kisah nak periksa PTK esok hari, ada juga rasa gundah gulana sebab tak buat apa-apa persediaan. Cuak jugak hati ni, batul ke nak lenggang-lenggang kangkung aja esok? Hati Kak Long ni pun berbelah-bagi antara nak pergi dengan tak nak pergi lebih-lebih tadi ada kengkawan yang telefon kata tak nak pergi esok dan suruh abaikan aje kalau kena ‘gam’ pun sebab kalau dah naik gred nanti, bukan terus boleh ambil PTK. Jadi, kalau kena ‘gam’ pun, tak terjejas apa-apa. Tak apalah… nampaknya malam ni Kak Long kena doa supaya dapat ilham, esok nak pergi ke tak.

Hari ni terajin lah pulak sampai tulis satu lagi entri. Patutnya, tengok-tengoklah sikit apa yang patut. Hei Kak Long, esok awak ada exam! Ah, ada aku kesah pasal exam tu?

Tengah hari tadi, Kak Long pergi lagi ke FOMEMA. Sakit jiwa betul. Kena datang balik sebelah petang pulak. Jadi, untuk tidak membuang masa asyik pergi balik, maka Kak Long pun mengambil satu keputusan yang bijak…eh, bijak??? Maka, Kak Long pun membelilah tiket untuk menyaksikan filem Geng. Sebenarnya dah lama juga Kak Long diajak oleh adik Kak Long untuk membawa hero-hero kita orang tu menonton filem ni, tapi kerana kesibukan yang melampau hingga mengalahkan PM, maka setelah kehangatan filem tu tinggal suam-suam kuku saja diperkatakan, barulah Kak Long menyaksikannya. Mulanya Kak Long agak mesti tempat duduk banyak kosong, tapi rupanya penuh. Nasib baik juga Kak Long dapat menyelit kat tempat duduk yang agak okay. Setelah membeli secawan besar popcorn dan sebotol air mineral, maka Kak long pun menikmati filem Geng. Wah, seronok juga. Tak lah rasa rugi menontonnya. Walaupun Kak Long duduk dalam kalangan penonton-penonton kecil, tapi Kak Long tak rasa pun Kak long dah terlalu tua untuk merasakan keseronokannya!

Sebelum balik ke rumah, Kak Long singgah kejap di Big Apple untuk membeli sekotak donuts. Masa ni lah terkenangkan kelazatan J Co yang pernah Kak Long nikmati di Pavillion kira-kira sebulan nan lalu! Nak dapatkan J Co, jauh pulak, jadi layan ajelah Big Apple yang tak kurang lazatnya nih!


Nasib baik bila pergi smula ke FOMEMA, dokumen tu dah siap. Maka Kak Long pun bergegas pula pulang membawa pembantu rumah Kak long untuk pemeriksaan kesihatan. Insya Allah, tahun depan tak perlu lagi bersusah payah ke FOMEMA ni nak perbaharui permit sebab dah tahun ke-3.

Setelah selesai semuanya, barulah lega hati Kak Long. Mana taknya, kalau lewat nanti, tak pasal-pasal jadi kes, kena bayar denda pulak lagi. Dahlah tiap2 tahun kena bayar pemeriksaan kesihatan dan permit, kalau kena denda, bertambahlah lagi budget bulan ni.

Hati dah lega sikit. Maka datang pulak mood nak memasak. Teringat nak praktikkan apa yang Kak Long belajar masa kursus kat IKBN ari tu, jadi Kak Long pun masaklah spagetti bolognaise dan mushroom soup untuk hidangan makan malam kami.

Advertisements

2 comments on “Gelisah

    • kak long suka lg big apple sebab kurang manis. any way big apple pun layan jugak. diet ke kts??? alahai ciannye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s