Hari terakhir

Kak Long baru pulang dari kampung. Kampung Kak Long taklah jauh sangat. Sepenanak nasi je…Jadi, tak adalah nak kepoh sangat kalau balik kampung pun. Walaupun kampung Kak Long tak sejauh mana, tapi bila ramai-ramai balik ke kampung halaman, aduhai seronok betul!

Cakap pasal hari terakhir ni, ada dua tiga perkaralah pasal hari terakhir ni. Yang pertama, hari terakhir di kampung. Dah tiga hari duduk di kampung, tu sebab le entri tak update! Berkampung sakan! Bukanlah sebab kat kampung tak boleh akses internet, tapi saja nak menikmati sepenuhnya cuti di kampung dan suasana desaku yang damai. Bila nak balik ke rumah, malas betul rasanya. Yang ke dua, hari terakhir cuti persekolahan. Pejam celik, pejam celik, dah seminggu bercuti. Eh, apasal rasa kejap sangat nih! Dan yang ketiga, hari terakhir buat persiapan untuk mesyuarat esok. Memang bawa laptop masa balik kampung, tapi hapah tak usik.

Kesimpulannya, hari-hari terakhir bercuti nih, Kak Long betul-betul menghayati cuti Kak Long. Nak kembalikan gear bekerja semula ni…….berat betul rasanya. Selamat kembali ke sekolah para pelajar dan kawan-kawan seperjuanganku sekalian. Jom kita berjuang kembali!

 

Advertisements

2 comments on “Hari terakhir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s