Di mana Ali Baba Bujang Lapok?

Hari ni, kawasan rumah Kak Long didatangi segerombolan petugas Pejabat Kesihatan. Musim fogging nyamuk agaknya. Asap berkepul-kepul. Rasa macam sesak nafas dibuatnya sementara menanti asap berkurangan.

p1090993

Gelap gulita kawasan tempat tinggal Kak Long bila kerja-kerja fogging denggi dan chikungunya sedang dilakukan.

p10909911

Jadi, apa kaitanya dengan tajuk entri Kak Long kali ni?

Sebenarnya Kak Long bukanlah nak cari Ali Baba atau si Bujang Lapok tu. Bila kerja-kerja fogging ni dijalankan, tetiba je Kak Long teringat entri Chekgu BH beberapa hari lalu tentang kerja-kerja fogging di area rumahnya. Lepas je kerja-kerja fogging tu selesai, Kak Long pun keluarlah merayau-rayau sekitar kawasan yang berhampiran. Tak tahan bau asap tu. Lagipun, Kak Long teringin sangat nak ‘tengok, kali ini siapa yang kena!’ pangkah. Puas Kak Long merayap macam kutu embun petang tapi tak ada pulak terjumpa poster macam yang terpampang dalam entri tu. Bukan apa, Kak Long nak tengok dengan mata kepala Kak Long sendiri poster tu, adakah lebih tepat macam pangkahan 40 penyamun dalam Ali Baba Bujang Lapok, ataupun lebih mirip poster undi pilihanraya.

p/s Sekarang Kak Long dah confirm, 40 penyamun Ali Baba Bujang Lapok tidak akan meyerang kawasan rumah Kak Long. Lalu Kak Long pun bolehlah tidur dengan aman.

Advertisements

3 comments on “Di mana Ali Baba Bujang Lapok?

    • betullah kts, kujie, agaknya rumah Chekgiu BH tu je yg kena pangkah. Mgk ada kaum kerabat alibaba kat situ. kat kwsn kita ali baba bujang lapok dah pupus. He3.

  1. erk..tak pernah pun org pangkah2..

    erk….kalau kawasan fogging tu besar..ok juga
    ni kalau dia buat satu lorong je
    erk..nyamuk tu boleh gak melepasi sempadan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s