Dulu dan Sekarang

Hampir setiap Sabtu ada aje aktiviti di sekolah.

Minggu ni kami jadi JK Pengelola Pertandingan Kawat Kaki. Patutnya Kak Long bertugas pada hari ini sebagai master of ceremony yg biasanya bergandingan dgn seorang lagi rakan sejawat Kak Long. Tp disebabkan ada hal yg penting, Kak Long memonteng dah maklumkan kepada bos agar menggantikan tempat Kak Long dgn org lain. Lagipun dah beberapa tahun tak tukar-tukar portfolio, jd, bg peluanglah pulak kat partner Kak Long bergandingan dgn org yg lebih hebat. Dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun bermula dan berakhir agak lewat. Banyak pasukan daripada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Aktiviti Kawat Kaki ni kini merupakan acara tahunan yang disertai pelajar dalam kegiatan unit beruniform. Sepatutnya, aktiviti kawat kaki ni cuma salah satu aktiviti dalam kegiatan unit beruniform, tapi apa yg Kak Long perhatikan kini kawat kaki seperti menjadi agenda utama dalam kegiatan semua pasukan unit beruniform.

Teringat zaman Kak Long sekolah dulu. Seronok bila ada perjumpaan unit beruniform. Memang ada juga aktiviti kawat kaki, tapi taklah terlalu penting sangat. Adalah juga berkawat sekali-sekala. Banyak aktiviti bila ada perjumpaan unit beruniform ni. Bukan takat di sekolah, tetapi turut ada aktiviti luar dan lasak seperti perkemahan, jungle tracking, panjat gunung, bina menara, masak dalam air dll.

Tapi sekarang, lain pula jadinya. Apa tidaknya, setiap tahun, pasukan unit beruniform hanya mementingkan latihan kawat kaki. Hampir setiap kali perjumpaan, nampak seperti hanya aktiviti kawat kaki yg  diberikan perhatian. Memanglah bila masuk pertandingan, siapa yang tak nak menang, tetapi walaupun Pertandingan Kawat Kaki merupakan aktiviti wajib yg diadakan setiap tahun, janganlah hanya persediaan untuk menyertai Pertandingan Kawat Kaki  aje yang ditumpukan. Asyik fikirkan tentang latihan kawat kaki aje, hingga lupa tentang aktiviti-aktiviti lain berkaitan dengan unit beruniform ni. Bukanlah Kak Long kata aktiviti kawad kaki tu tak bagus. Memang bagus, boleh latih pelajar bekerjasama, ikut arahan, berdisiplin dan banyaklah…kalau baca objektifnya.

Cuma Kak Long harap,  janganlah sampai diabaikan aktiviti-aktiviti lain yg sepatutnya diutamakan selaras dgn objektif unit beruniform masing-masing. Jangan sampai pelajarpun bosan bila saban minggu dan saban tahun, asyik berkawat, kawat dan kawat!

Nanti……

Jangan marah jika pelajar tak tahu apa-apa tentang unit beruniform yang mereka sertai.

Jangan salahkan pelajar-pelajar jika mereka sekarang tak gemar bergiat cergas dalam unit beruniform.

Dan…jangan terkejut jika pelajar bosan untuk menghadiri perjumpaan ko-kurikulum yg bagi mereka hanyalah untuk melatih pelajar berkawat.

 

Ahh, memang zaman dah berubah!

Advertisements

2 comments on “Dulu dan Sekarang

  1. betul betul betul…

    asik berkawat je…
    apa2 hal nanti, berkawat je la dorang…
    tak reti survive..

    hikksss…

  2. masa angah tahun 5, selalu ulang alik petang hantar dia ke sekolah…berkawat mcm ni la
    sampai lah peringkat daerah….masih ada segala uniform tu..

    tak pasti nak bagi kat sapa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s