Biarkan ia berkembang

Biarkan bunga berkembang, di atas tangkainya…
janganlah dipetik sayang, nantikan merana…..

Latar masa     : Awal Pagi (7.30 am)
Latar tempat  : Tepi pejabat

(Dlm perjalanan untuk memulakan tugas) Cantiknya bunga mawar kuning ni! Harap2 biarlah terus berkembang. Sedap mata memandang..

image0552

Kak Long pernah tulis entry tentang bunga mawar. Kak Long memang jarang nampak pokok bunga mawar kuning. Pokok bunga mawar merah tu selalulah juga. Kak Long kagum dengan orang yang boleh tanam dan jaga bunga mawar ni. Kalau Kak Long yang tanam, belum tentu bunga ni nak hidup, apatah lagi nak berbunga tak putus-putus macam bunga mawar kuning ni! Tapi, tiap kali berbunga, tak sampai sehari berkembang dah dipetik orang. Dan lagi sakit hati bila bunga tu tak sempat nak kembang sebab masa putiknya lagi dah dipetik.

Latar masa      : 10.00 pagi
Latar tempat  : Di tempat yang sama

 image0563

(Dlm perjalanan balik daripada perpustakaan)
Eh, mana perginya bunga mawar kuning tadi! Dah kena petik ke? Siapalah yang gatal-gatal tangan petik bunga tu?

Kenapalah lebih ramai yang memusnahkan daripada menjaganya? Tentu orang yang menanam dan menjaganya lebih sedih melihat bunga mawar yang cantik tu dah hilang dari tangkainya.

Advertisements

3 comments on “Biarkan ia berkembang

  1. bukan saya.. bukan saya..
    saya tak petik…

    kata aku sambil mengepit bunga mawar kuning di bawah ketiak…

    muehehehehehehehe…
    rugi tak petik bunga yg cantik tu… nanti layu juga 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s