Ikhlas tak ikhlas…

Adegan 1
Bila hati tersentuh,
aku diam sediam-diamnya.
Semua ikut diam…
Sunyi sepi.
Kalau jarum jatuh pun boleh dengar…
tapi, masa tu tak ada pulak jarum yang jatuh sebab bukannya ada kursus jahit menjahit.

Adegan 2
Habis masa, segera keluar tanpa menoleh lagi.
Tiba-tiba ada orang mengekori dari belakang, memanggil-manggil.
Kuteruskan langkah.
Masih ada orang memanggil-manggil…
Bila menoleh, hati berderau…
Minta maaf????
Nak aje aku kata, “Oh…tiada maaf bagimu!”
Nanti dia kata, ‘Sedangkan nabi ampunkan umat’, seperti sms orang itu…
Tiba-tiba je teringat pulak sms seseorang suatu ketika dahulu.’
Aku boleh jawab, “Tapi aku memang bukan semulia nabi…”
Nanti dia balas pulak, “Setiap orang ada kelemahannya… ”
Habis tu macam mana ni?

Oooo…jadi kena maafkan ke?
Okeylah..okeylah!
Ikhlas ke tak ikhlas?
Okeylah, okeylah…

Baiklah pelajar-pelajar,
“Memaafkan orang merupakan satu perbuatan yang mulia.”
Okeylah, okeylah!
“Kita mesti sedia memaafkan.”
…aku angguk-angguk dan tak geleng-geleng.

akar

Advertisements

3 comments on “Ikhlas tak ikhlas…

  1. Kujie…ntah knp, dua tiga ari lepas, budak2 tu mcm nak menguji tahap kesabaran cikgu2 dia org je…
    haah, bila jadi lilin, ha..time hati terbakar tu…kena gak guna pelbagai taktik.
    bila sesekali kena macam tu, baru dia orang ni insaf kejap…
    terfikir juga, mungkin silap Kak Long sdn yg sensitif sgt agaknya.
    Sindrom PMS kot….hehehe…

  2. Budak2 sekarang rasa mereka tu lebih cerdik. Kerana tu tugas guru semakin mencabar…kena tahu sedikit psychology……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s