Pesta Buku

image0591Kak Long sempat ke Pesta Buku 3 hari sebelum ia berakhir.

image061

Kami pergi bertiga sahaja. Ikut rancangannya nak bawa satu bas, tapi orang yang patut uruskan hal tu batalkan. Mulanya frust juga sebab rasa tak sempat nak pergi sendiri. Dah lah Pesta Buku nak habis, tiap-tiap hari ada aja aktiviti di tempat kerja termasuklah satu kursus yang tiba-tiba aja kena hadiri. Jadi, balik je kerja terus je call kawan Kak Long ajak pergi petang tu juga. Terkejut juga dia sebab dah petang. Kami sampai di PWTC tepat pukul 5.17 petang. Apa lagi, sebaik sahaja sampai, mulalah meneruskan operasi mencari buku-buku yang nak dibeli. Tapi banyak juga masa yang diganggu oleh jurujual syarikat-syarikat yang menjual pakej-pakej pembelajaran yang begitu sibuk nak memujuk pengunjung-pengunjung untuk membeli produk mereka. Oleh sebab masa yang suntuk, terpaksalah kami menghampakan pujukan mereka untuk meminta masa kami untuk mendengar penerangan tentang produk-produk mereka.

Berada di celahan buku memang mengasyikkan. Hampir 3 jam di Pesta Buku hinggakan petugas-petugas tu sibuk menutup gerai mereka, kami masih lagi sibuk membayar harga buku yang dipilih.  Pulang dengan beg-beg yang berisi buku yang dibeli. Rasa nak genting jari menjinjit buku-buku. Itu pun, Dan, masih ada lagi gerai yang tak sempat dikunjungi…..

Advertisements

5 comments on “Pesta Buku

  1. kak long, awat tak tegor aku aritu…
    sombong noooo..

    hik hik hik..
    aku pun gi sana gak..
    tgk je kak long memborong buku…
    tak nmpk org lain dah 😛

    • Laa…..tak sempat nak tegur lah KTS, tangan dah genting jinjing buku. Tak sabar2 nak hantar masuk kereta.
      Kujie, tak pe..nanti tunggu tahun depan lak. Boleh pergi sama-sama.

  2. Pingback: Mari belajar peribahasa.. « Mawar Merah

  3. Pingback: Mawar Merah » Mari belajar peribahasa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s