We lost because we told ourselves we lost

 

image0361

Ada orang yang  terlalu takut untuk mencuba membuat sesuatu kerana bimbang akan menemui kegagalan. Bagaimana kita tahu kita akan gagal sedangkan mencuba pun belum? Kemungkinan untuk berdepan dengan kegagalan memang ada tetapi kita perlu tahu yang kita  juga mempunyai peratusan yang amat besar untuk berjaya.

Hari ni Kak Long buat sesi motivasi pula sebab kecewa sangat apabila berhadapan dengan para pelajar yang masih tidak berani membuat sendiri sebarang latihan yang diberikan sebelum jawapan dibincangkan di dalam kelas. Sekiranya kita fikir kita akan gagal, sebenarnya kita telah kalah terlebih dahulu sebelum memasuki arena perjuangan. Rugi sungguh, bukan?

Mengapa jadi begitu?  Sesukar manapun sesuatu tugasan itu, kita akan mampu melakukannya jika kita mahu mencuba. Namun jika kita tidak mahu mencuba, sampai bila pun kita tidak akan pernah berjaya. Kita gagal kerana awal-awal lagi kita dah yakin yang kita akan gagal. Jika kita yakin yang kita masih ada peluang untuk berjaya, pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki kejayaan itu…

Kak Long teringat satu lagu yang agak popular suatu waktu dulu….yang tajuknya Fikirkan Boleh…

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
 

Usah takut untuk mencuba!

Advertisements

5 comments on “We lost because we told ourselves we lost

  1. Kak Long, mmg susah nak ubah “mind set” seseorg apalagi jika ianya sudah sebati dlm diri. Hanya dgn keyakinan diri yg tinggi, dorongan dan sokongan yg berterusan dpt membuahkan kejayaan.

  2. motivasi ni mmg betul2 utk saya….tgh down nk siapkan sesuatu utk pertama kali..rasa risau..gemuruh takut gagal mencapai piawaian yg kita sendiri harapkan

    • Abang Long,
      Nak buat cam na ya dah tugas guru, kan. Itu yg tgh kuatkan semangat nih!

      Kenari,
      Betul tu….sgt susah. Tapi Kak Long yakin, setiap orang tu ada potensi untuk berjaya. Jadi, setiap org kenalah berani ambil langkah pertama sebelum boleh melangkah laju.

      Wah, boleh jadi motivasi untuk Kujie ke? Tak sangka lak! Tak apa, memang biasalah rasa gemuruh tu, tapi bukannya langsung tak berani buat. Cuma kena jadikan perasaan tu sebagai dorongan untuk buat yang terbaik kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s