Tanda tangan

Tandatangan memang penting dalam kebanyakan urusan terutama yang melibatkan dokumen rasmi, urusan kewangan dan lain-lain. Apabila kita menulis surat pun, kita akan tandatangani surat itu bila selesai menulis surat untuk mengakui bahawa kita bertanggungjawab atas setiap isi kandungan surat yang ditulis.

Selaku setiausaha satu persatuan, Kak Long juga salah seorang yang diberi mandat untuk menandatangani sebarang cek persatuan. Bila sesuatu aktiviti besar dijalankan, banyaklah jumlah cek yang ditandatangani untuk pengurusan majlis tu. Sebagai guru pula, walaupun tak popular seperti artis, tapi tandatangan Kak Long memang laku sepanjang tahun. Hehehe….Tandatangan buku, tandatangan laporan kemajuan, tandatangan kehadiran pada buku ko-kurikulum dan banyaklah lagi.

 Apa yang kita fikirkan bila kita lihat tandatangan seseorang? Kenapa tanda itu dinamakan tandatangan?

Ha…siapa nak jawab?? Tertarik betul Kak Long tentang tulisan Dr. HM Tuah tentang makna tandatangan.

Katanya kalau tandatangan seseorang tu ada garis di bawah tandatangan tersebut, maksudnya orang itu seorang yang sangat yakin dan ada personaliti yang hebat. (Yuhuu…macam Kak Long punya tandatanganlah tu!)  Yg tu ciri psitifnya, ciri negatifnya, orang itu dikatakan agak selfish (bukan Kak Long lah tu..uhukuhuk!) tapi percaya dengan kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

Macam mana pula kalau tandatangan seseorang itu tak ada garisan dan tak ada titik di bawah tandatangan? Dikatakan orang yang memiliki tandatangan macam tu kurang beri perhatian pada pandangan orang lain dan merupakan orang yang menikmati hidup ikut cara dan gaya dirinya sendiri. (Siapakah itu??)

Personaliti boleh dinilai melalui tandatangan? Memang ada kalanya betul, tapi tentulah tidak seratus peratus sama kan? Dan kita sendiri yang membentuk personaliti kita sendiri, bukannya tandatangan kita yang membentuknya.

 

Advertisements

3 comments on “Tanda tangan

  1. salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya…tq

    • Kujie, tandatangan hampir sama tu, maknanya lum belajar pulak…tapi Kak Long fikir ia menunjukkan org tu sehati sejiwa agaknya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s