Bulan pun berbicara

Pada lewat petang Sabtu lepas, kami semua sampai di Tanjung Harapan, Perlabuhan Kelang  untuk  makan malam sekeluarga sambil memperingati hari ulang tahun ayahanda kami.  Mulanya nak makan steamboat kat Kota Damansara tapi mengenangkan ayah lebih suka makan ikan bakar daripada steamboat, maka dgn kuasa veto, Kak Long mengumumkan bahawa kami terus ke Medan Ikan Bakar sahaja.

Image061

restoran

Selepas sembahyang maghrib di surau yang disediakan, jamuan makan malam kami pun bermula. Selepas membaca doa, apa lagi, kami pun menjamu selera.

ikan bakar

Sebenarnya Kak long lebih suka kalau dapat ke Medan Ikan Bakar di Umbai di Melaka, tapi kerana kekangan masa anggota keluarga dan nak memastikan semuanya dapat turut serta, maka di Pelabuhan Kelang pun okay. Yang penting, kami dapat berkumpul.

Image108

Malam itu, cahaya bulan begitu indah. Sayangnya, Kak Long lupa pula nak ambil gambar sebab leka sgt menjamu selera. Cuma sempat ambil gambar pemandangan sebelum senja. Tambahan pula belakangan ini agak malas nak usung kamera. Jadi, cuma ada gambar-gambar spontan daripada nokia.

ketam

Pada malam itu, setelah selesai jamuan, DJ restoran tersebut telah memainkan lagu Happy Birthday untuk ayahanda.

kek sr

Kami pulang bertemankan cahaya bulan. Indah seindah hati kami yang riang kerana diberikan peluang olehNya untuk berkumpul lagi pada malam itu. Dan jelas kelihatan keriangan di riak wajah ayahanda kerana semuanya ada pada malam itu.

Advertisements

4 comments on “Bulan pun berbicara

  1. saya ade kenangan kelat2 kat medan makan umbai tu….

    jadi…..no komen lah

    selalu lepak kat jeti nelayan kat pengkalan balak tu..tk ingat apa nama
    tapi best lah makan kt situ

    • Apalah kenangan kelat2 tu agaknya ya Kujie? Kak Long ada gak dgr komen kwn2 tp tak pernah tkena sdn. Cuma Kak Long fikir lebih byk pilihan di sana drp kat Tjg Harapan tu. Nanti nak cuba juga kat pengkalan balak tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s