K&K

Oh.. N3 ini bukan berkaitan Dato’ K, suami kesayangan Datuk Siti. Juga bukan tentang si Kiran atau Khairil DJ radio tu. 

Semalam Kak Long dan adinda Kak Long buat rawatan urutan kaki. Nak urut badan, tak sempat , sebab ambil masa yang lama.

Spa ni taklah popular dan kedudukannya bukanlah di kawasan membeli-belah terkenal seperti yang selalu kami pergi tu. Sebenarnya, kami ternampak iklan tentang tawaran istimewa, kami pun cubalah. Wah…agak menarik juga perkhidmatan dan harga yang ditawarkan. Ada gak tawaran beli 2 free 1. Lumayan tu…

massage spa

Setelah sejam kaki diurut dan sempat terlena, memang puas hati. Seronok sungguh kakiku ini kerana dapat berendam dalam air herba dan mesti urat kaki yang dah lama minta perhatian sebab banyak sangat berdiri (habis tu nak buat cam mana, jadi cikgu realitinya bukan macam dalam drama Melayu, yang masuk kelas dan berkata, “baiklah murid2, buka buku teks mukasurat bla, bla, bla…dan buat latihan…” lalu duduk di meja guru) sepanjang minggu.Rasa nak datang lagi…..

Advertisements

5 comments on “K&K

  1. yuhuuuu… i’m back… muehehehe 😀

    kak long nak urut kaki ke?? aku reti… meh hulur kaki tu..
    kompem lepas ni tak berjalan..
    berlari je kerjanya.. muehehehe

    • KTS…wah, dah elok tenet ko ya? memang Kak Long tak teruja pun nak bagi kaki Kak Long ni…

      komen tu malu2 agaknya Kujie… kaki dah kena service ni, nanti lepas ni, siap la Kak Long boleh kejar anak murid keliling padang…

  2. ni 2 kali tulis komen ni
    yg tadi hilang mana entah

    kereta pun kita service, apa lagi anggota badan
    mesti laju berdetap macam kuda lepas ni

  3. Kak Long, terapi ikan yang gigit kaki kita tu Kak Long pernah try tak? Tengok kat TV aje. Ikan-ikan macam ikan bilis tu dok serbu kaki kita bila kita letak ke dalam kolam tu. Kata dia orang, terapi tu bagus tapi takut la… nanti kot dia orang terletak piranha pulak, tak ke naya tinggal rangka aje… he he he.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s