Mari belajar peribahasa..

SELAMAT HARI GURU!

Semenjak malam tadi, bertalu-talu sms memenuhi inbox handphone Kak Long. Pelbagai jenis pantun dan ucapan diterima daripada bekas pelajar serta teman2 seperjuangan sempena Hari Guru hari ini. Oleh sebab, sambutan Hari Guru tahun ini jatuh pada hari Sabtu, semalam lagi banyak kek daripada pelbagai pihak diterima sampai tak larat kami nak makan kek yang lazat-lazat tu. Juga terima kasih atas sejambak bunga mawar merah yang dihadiahi oleh bekas pelajar Kak  Long ni. Cantik sungguh!  Terima kasihlah kepada semua yang telah bermurah hati walaupun kami tak minta pun daripada sesiapa. Cukuplah sekadar memahami..walaupun berat mata memandang, berat lagi mahu memikul bunga!

Copy 1 of Image074

Menjadi guru ni, janganlah harap sangat apa-apa balasan atau sanjungan daripada sesiapa. Yang penting kepuasan kita bekerja dan nawaitu kita tu. Kalau ada orang menghargai, alhamdulillah…. Kalau tak ada pun alhamdulillah, kerana kita kerja bukan untuk disanjung atau dihargai. Setiap daripada kita ada peranan masing-masing, jadi janganlah mendabik dada bahawa kerjaya kita lebih mulia daripada orang lain.

Dalam apa-apa profession pun, pasti ada kelebihan dan kelemahannya.  Sejak akhir-akhir ini, imej profession perguruan ini memang sedikit tercalar dan bukan lagi sesuatu yang dipandang tinggi. Guru-guru sekarang, tak payahlah nak harap jadi orang yang dihormati seperti zaman dulu. Kak Long sering terbaca tentang bagaimana ibu bapa mengutuk ‘sekolah’ atau guru-guru yang mengajar anak mereka kerana beberapa hal. Tetapi itu semua tidak menjadi kudis buta kepada hati Kak Long (cuma gatal-gatal macam kena garuk seperti beruk kena belacan tu adalah) kerana Kak Long tahu, masih ramai yang benar-benar bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Memang tak dinafikan, bukan semua orang yang menceburi profession ini benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas mereka. Dan…memang ada yang ‘terpaksa’ menjadi guru walaupun sepatutnya bila dah menceburi bidang itu, janganlah menjadi seperti seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya. Sudah menjadi resam dunia, yang buruk itu lebih mendapat perhatian daripada yang baik. Ada masanya tak sampai hati baca perkataan-perkataan yang ditujukan kepada guru oleh ibu bapa yang tak puas hati dengan tindakan para guru terhadap anak mereka. Kalau memang guru tersebut bersalah, mereka patut ditegur, tetapi janganlah sampai mengeluarkan perkataan yang tak sewajarnya. Lagipun, belum tentu semua aduan yang disampaikan oleh anak-anak itu terbukti benar. Dan dah banyak kes yang bila disiasat, ternyata indah khabar dari rupa aje. Memanglah amarah itu tidak ditujukan kepada diri Kak Long dan Kak Long yakin Kak Long tak pernah buat sebagaimana yang didakwa oleh ibu bapa tersebut namun sebagai orang yang terlibat dalam profession ini, cubit peha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Pada masa ini, sebagai manusia biasa yang banyak kelemahannya, ada masanya terselit juga rasa kecewa dan kesal sebab tak ikut nasihat bonda dan ayahanda waktu Kak Long beriya2 sgt nak menjadi guru seperti yg pernah Kak Long tulis dalam N3 ni. Mungkin pada masa itu, ayahanda dan bonda dah nampak senario yang akan berlaku pada masa depan.

Namun, Kak Long tak nak lah kufur nikmat. Lagipun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna. Dah ada kerja yang memang sesuai dengan minat dan jiwa Kak Long tu alhamdulillah. Membuat sesuatu yang kita suka memang sesuatu yang menyenangkan. Biarpun banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi, Kak Long tetap bangga kerana telah menjadi seorang guru. Dan Kak Long yakin, pilihan Kak Long tepat kerana seperti yang pernah Kak Long nyatakan dulu, memang daripada segi wang ringgit, jadi guru ni memang jauh ketinggalan kerana lepas Kak Long dapat sarjana dahulu, Kak Long pernah dapat tawaran yang sangat-sangat lumayan daripada syarikat tempat Kak Long buat praktikal tu, dan bukan sekali malahan berkali-kali, tetapi demi minat yang berkobar-kobar terhadap kerjaya Kak Long, Kak Long tetapkan iman untuk terus menjadi guru cabuk. Tuhan lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan Dia punya cara tersendiri untuk membalasnya. Bila Kak Long renungkan keluarga Kak Long, Kak Long selalu dapat rasakan yang semuanya berkat keikhlasan bonda yang tak jemu menitiskan ilmu kepada anak orang lain (walaupun tak pernah sekali mengajar kami di rumah mahupun di sekolah kerana kami tak pernah berpeluang menjadi pelajarnya), kami semua berjaya dalam bidang masing-masing.

 Wah, wah, wah, dah jauh sungguh aku berkelana…

Balik kepada cerita asal, maka tamatlah sesi pembelajaran peribahasa pada hari ini.  Sebelum itu, terima kasih pada para pelajar Kak Long yang tak jemu-jemu mengingati gurumu ini, walaupun ada antara mereka yang telah berjaya menjawat jawatan yang tinggi. Ada yang dah jadi CEO, pensyarah, kontraktor, peguam, doktor, polis, guru (walaupun Kak Long selalu pesan pelajar Kak Long supaya pilih kerjaya lain drpd guru, tp mereka pun degil mcm Kak Long jugaklah tu..) dan tak kurang juga yang telah membuka perniagaan mereka sendiri dan kalau datang jumpa Kak Long dgn kereta menjalar (bukan keretapi tau!). Segala ingatan tersebut sangat dihargai. Seperti yang selalu Kak Long tegaskan pada pelajar Kak Long, hanya guru yang tidak waras sahaja yang akan memarahi atau mengambil sesuatu tindakan tanpa sebab terhadap pelajarnya. Setiap guru pasti mahu pelajarnya berjaya walaupun dia tahu, kalau pelajar tersebut gagal atau kurang berjaya, gajinya tetap naik setiap tahun…Kejayaan guru juga bukan setakat mendidik pelajar untuk mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi lebih bererti jika dapat mendidik pelajar menjadi manusia yang tinggi nilai kemanusiaannya.

 Hari ini Hari Guru dan hari ini hari cuti. Maka hari ini, Kak Long akan bersantai2 dengan membaca sebuah daripada buku yang Kak Long beli semasa Pesta Buku ari tu.

SELAMAT HARI GURU BUATKU!

Advertisements

15 comments on “Mari belajar peribahasa..

  1. Salam kak long…kerjaya perguruan amat mulia. setuju amat dgn pandangan kak long tu. untungnya jd cikgu ni lepas dah pencen pun masih dipanggil cikgu, itu tandanya hormat. lain pulak dgn kami yg keja opis ni…

    • @Kenari, Salam…terima kasih. jadi guru, kalau pakai jeans dan t-shirt pun org kenal. Macam ada cop pulak kat dahi org yg jadi cikgu ni!

      @Yati, terima kasih krn mjdi antara manusia masih menghargai seorg guru. Seorg guru sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa, memadai ilmu dan tunjuk ajar yang diberikannya dpt digunakan pada jalan yang membawa kebaikan.

  2. Selamat Hari Guru Kak Long…

    kita boleh meminta kuasa tetapi kita tidak boleh meminta penghormatan

    ianya datang seiring dengan keikhlasan…

    mungkin ada sedikit tercalar atau kecil hati dengan ibubapa tetapi secara amnya cikgu2 masih lagi menduduki ranking tertinggi sebagai pihak yang dihormati.

  3. selamat menjadi guru yg hebat, kak long..
    berubah sedikit persepsiku… hurrrmmm…

    .
    .
    .
    .

    terima kasih.. terima kasih cikgu..

    psstt… klu tak larat nak makan kek tu, jemput2 la campak ke rumahku yg dahagakan kek itu… hik hik hik

  4. Salam kenal Kak Long dan selamat hari guru walaupun sudah lewat sehari. Tahniah, Kak Long. Pastinya Kak Long seorang guru yang popular dan amat dihormati. Kalau tidak, takkan bekas anak-anak murid nak SMS atau bagi kek, kan? Boleh Opah add blog Kak Long kat blog opah?

    • Ala Opah, Kak Long ni cuma cikgu biasa yg ada kelemahannya mcm org lain. Abis tu, dah cikgu lama…mmg bykle bekasnya. Dlm ramai2 yg suka ada ramai juga yg menyampah! Biasalah tu. Cuma bila kita menceburi sesuatu bidang yg kita minat, pasti kita buat sungguh2 dan hati kita akan riang menempuh semuanya wlwpun sesekali kerikil tajam melukakan kaki! Dipersilakan Opah…..suka sgt!

  5. Terima kasih semua..
    @Atie, adalah selori dua, tp lori pemain je lah…nak share ke? hik,hik,hik…
    .
    .
    @Kujie, penghormatan dtg seiring keikhlasan…hurmmm, menarik tu.
    .
    .
    @KTS, Kak Long nak jd guru yg hebat. Tak mimpi pun… tapi setiap guru mmg perlu berusaha jd guru yg hebat pd mata dan hati pelajarnya spy segala ilmu yg ada dpt dikongsikan bersama.
    Apasal lambat sgt minta kek tu…Kak Long dah bagi-bagikan kat budak2 yg laparkan kek tu…sbb kek tu semua bukan kek dlm bentuk cecair yg boleh menghilangkan dahaga ko tu!
    .
    .
    @Tie, mmg dah jd tggjwb guru utk berkongsi dgn ibu bapa utk mdidik anak bangsa.

    • Org kata, biar lewat drpd tiada. Kak Long kata….”Terima kasih daun keladi, tahun depan boleh ucap lagi…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s