Hati terkenang mulut menyebut

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Kami mengadakan jamuan tergempar sempena beberapa perkara.

  • Perpisahan – kerana salah seorang rakan sejawat akan bertukar mulai bulan Jun. Rasa gembira kerana hajatnya untuk tinggal berdekatan dengan suami akan tercapai. Namun sedih juga kerana setelah sekian lama bersama, pasti saja pemergiannya membuatkan kami kehilangan seorang teman yang amat dedikasi terhadap tugasnya. Apapun, kami doakan dia akan bahagia. Dia telah setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang menantikan kehadiran orang baru untuk menyeri rumahtangganya. Pasti sahaja, kelulusan pertukaran ini amat diperlukannya.

P2030519

  • Lambaian Kaabah – Salah seorang  rakan aka jiran meja Kak Long akan menunaikan umrah bersama keluarganya. Jadi, buatlah doa selamat sekali. Semoga selamat pergi dan balik. Pesan jangan tak pesan….lambai-lambai kita orang banyak-banyak supaya dapat jadi tetamu-Nya lagi.
  • Cuti – yeaaaaaa…..mulai esok, cuti semester 1. Dua minggu. Dan 3 hari, kena pergi kursus. Jadi masih ada lebih kurang sebelas hari nak cuti. Banyak rancangan tu…terutama nak siapkan rekod markah pelajar. Dah lama cuti daripada jadi guru tingkatan ni, kenalah belajar balik yang dah terlupa tu!

Bila hati terkenang, mulutpun menyebut………dan tangan pun menulis.

Advertisements

7 comments on “Hati terkenang mulut menyebut

  1. salam kak long…wah cuti dah start..ni yang seronok kalau jadi cikgu cikgi huhu..jeles jeles 🙂
    selamat bercuti kak long

  2. Kak long dah boleh plan cuti…saya ni berbelah bagi

    anak masih ada program 30/5 – 6/6
    suami kena pergi outstation

    nak blk kampung pun berkira2..serba tak kena

    • @Kujie,
      begitulah kalau ada anak yg bersekolah. kak long ada juga program cuti sekolah ni di sekolah, tapi pandai-pandai bahagilah. taklah kena duduk sepjg cuti.
      lepas 6/6 tu, sempat lagi kalau plan balik kg tu Kujie.

      @ateq,
      selamat bercoti….

      @iza,
      salam iza, time cuti ni, mesti semua org jeles ngan cikgu-cikgi.
      sebenarnya cikgu cikgi ni selalu je highlight cuti tu, nak bagi korang jeles.
      Saja tak nak cerita apa ada di sebalik cuti…. uhwaaaa….

  3. hati terkenang.. mulut menyebut.. perut bergendut…

    ekekekeke… sedap makan nampak… sedap cuti nampak..

    INI TIDAK ADIL!!!! hikkkssss

  4. Kak tie cuma nampak gambor makan je, ekekeke……. tak sabor nak balik kampung dan buat makan2, hi hi….

    • @kts..
      gendang gendut, tali kecapi…
      perutku kenyang ko tak payah iri hati…
      wakakaka…

      @kak tie,
      jeles ooo kak tie balik ganu tu. bestnya sata kat kuala kemaman tu!
      bawak balik tau…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s