Lagu Geram

images

Teringat satu lagu lama yang kak long terlupa tajuknya.
Antara liriknya,
Geram, jangan engkau geram..

Geram ataupun menurut Kamus Dewan membawa maksud marah, panas hati, sakit hati.  Maksud yang kedua pula ialah suka  @ cinta

Bukan nak mengajar tentang maksud perkataan, tapi cuma nak menterjemahkan perasaan hati. Perasaan hati tu kali ni berkaitan dengan maksud yang mula-mula tu.

Dah beberapa hari, kak long tak dapat nak aksess internet. Tak tahu pulak kenapa. Nak pergi melepak kat starbuck ke @ yg seangkatan dgnnya yang ada sambungan tanpa wayar tak berkesempatan pulak kerana dua hari ni asyik sibuk dengan kenduri kahwin jiran tetangga dan teman-teman. Bila balik rumah tu, ingat nak update N3, tapi sakit hati…

Iskkk,iskkk……geram betul dibuatnya. Nasib baik tetiba je tengah malam ni baru okay, maka tak jadilah nak geram berpanjangan. Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni selalu juga terjumpa masalah ni, tapi taklah lama sgt macam kali ni. Selalu tu belumlah sampai tahap geram…tapi kali ni memang geram jugalah dibuatnya. Harap-harap esok dan hari-hari seterusnya tak meragam lagi.

p/s Hmmmm….hidup memang tak selalu indah. Ada masa hujan turun di tengah hari.

4 comments on “Lagu Geram

  1. Syukurrr… he he he… memang sakit jiwa kalau tak dapat nak akses internet. Sakit zaman modern gamaknya… huhu…

  2. memang malam tadi internet ka PJ nie pun sesak2 nafas..

    tengah malam aje baru ok.. tapi dah too late………..mata pu mau katop dah woii.. huuhuhu

    • @Opah,
      memang tepat sekali kata opah tu.
      penyakit zaman moden mmg gitu.
      kalau tak dapat akses intenet, jiwa lara dibuatnya. uhwaaa….

      @ateq
      kalau boleh, tetikus tu pun nak dikunyah-kunyah dek geramnya.
      nasib baik bukan tikus betul!
      kalau tidak, harus masuk paper….
      “tikus-tikus habis dikunyah oleh seorg kak long angkara server down!”
      hehehe…
      @maza,
      kalau takat malam tadi, taklah sampai nak melalak nyanyi lagu geram tu.
      Ni dah dua ke tiga hari asyik down je……

Tinggalkan Jawapan kepada OD Batal balasan