Bagai dapat kijang teruit

Hari ini ke sekolah kerana tugas. Kalau ikut hati, masa cuti-cuti macam ni, berlingkar kat rumah lagi best! Kerna terpaksa, kugagahi jua langkah kakiku yang lemah longlai (macamlah dekat sgt sekolah tu nak berjalan kaki erkk) menekan minyak.

Setelah siap tugas hari ini, teringat pula tentang perancangan mesyuarat minggu pertama lepas cuti. Mulanya Tok Ketua tak ada, susahlah nak tentukan tarikh. Nasib baik sebelah tengah hari tu dia sampai. Jadi, selesailah satu kerja lagi.

imej: tnbg.or.id

imej: tnbg.or.id

Awal-awal cuti kali ni memang rasa menyenangkan. Bak kata perpatah, bagai dapat kijang teruit. Tak payah bersusah payah, ada orang yang baik hati tolong selesaikan. Alangkah bahagianya hidup ini. Dah nak balik, tapi ada pula orang ajak main bowling pulak. Nampaknya, beriadah sakanlah Kak Long sepanjang cuti ni. Tapi mesti si tiger woods tu mengutuk habis kat Kak Long sebab cinta dah beralih arah. Baru sehari beramah mesra dengan dia dah pergi mencari kekasih lama untuk menari guling-guling.

p/s Masih ramai orang budiman di sekelilingku rupa-rupanya!

 

Soalan cepu emas:-

Kijang tu sama dengan rusa ke ataupun berbeza daripada kancil?

Advertisements

9 comments on “Bagai dapat kijang teruit

  1. Yang pasti kijang itu berbeza dengan gajah dan singa!

    wakakakkaa

    uiks! main bowling nampak.. boleh ler bertarung dgn maza….hehehhehe

    • @cc
      jom kita melawat zoo nak, tengok cam na rupa kijang tu.



      @maza
      huhhh…tu menunjukkan maza dah semakin tua dan pelupa
      wakakaka

      kijang tu memang sah berbeza ngan gajah dan amat garang drpd singa.

      nak bertarung ngan kak long erkk???
      wah, ni juara main bowling mana pulak ni??
      boleh jeerrr……

      @ateq,
      betullah tu, kijang tu mcm kijang.

  2. tak sama spesis kot. rasa daging kijang lain sikit dari rusa…wah kena makan dulu pulak. Tangan Kak Long terangkat-angkat tak bila ucap pepatah tu … hehee..

    • @jie,
      kijang ngan kancil rupanya macam nak sama.
      betul tu, satu jenama Malaysia, satu lagi bersepah kat Indon.

      @iza,
      tu yang dikatakan serupa tapi tak sama. ada sikit persamaan tapi tak serupa.
      nanti kak long cerita pasal rusa ngan kijang ni.
      hush…tangan kak long bukan takat terangkat-angkat, tapi bersilat-silat bila ucap perpatah tu (nak lawan Karam Singh la tu…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s