Teratai

Badan yang sakit kalau diikutkan manjanya, bertambah sakit.

Pergi berjogging supaya berpeluh. Harap-harap demam ni segera kebah. Berjalan-jalan di sekitar taman yang berhampiran dengan rumah memang menyeronokkan. Nak pergi masa hari kerja, alamatlah tiap-tiap hari  dapat amaran merah! Dalam taman ni ada sekolam bunga teratai.

Bunga teratai indah itu menggamit-gamit hatiku……………… Kalau tak silap, Majalah Tiga pernah buat liputan tentang bunga teratai yang boleh dijadikan makanan yang enak. Tapi, tak pernah sekalipun Kak Long mencuba ambil bunga teratai tu untuk dijadikan santapan.  Bagi yang dah cuba, sedap ya??

Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

teratai

Mesti ramai yang tahu lagu Teratai ni…….

Sweet Charity / Ramli Sarip

Teratai

Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula…………

p/s  Apa-apapun, si mawar merah tetap bunga kegemaran Kak Long.

Advertisements

9 comments on “Teratai

  1. ” Nak pergi masa hari kerja, alamatlah tiap-tiap hari dapat amaran merah!”

    nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.. ekekekeke…
    banyak la alasan kak long… 😛

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    lagu rampli sarip tu syahdu la.. mendayu2 bunyinya

  2. alamak, ko tahu ke KTS???
    ya…alasan tetap alasan..
    bila tak boleh atau malas nak buat sesuatu, jangan lupa mencipta pelbagai alasan kay!
    .
    .
    .
    lagu tu, hmmmm jom nyanyi!

    • @kenarikuning2,
      salam kenal,
      kak long memang tak pernah cuba, biji teratai tu dimakan macam macam kuaci ke? Ni nak cuba juga ni!

  3. Salam,
    Teratai tumbuh melata, kembangnya menjunjung langit, keindahannya membawa hati kembali kepadaNya.

    Menghargai kunjungan Mawarmerah/Kak Long ke teratak saya semalam. Salam kenal, salam ukhuwah 🙂

    • Salam ukhuwah,
      Indah sungguh bunga teratai,
      Dijadikan hiasan dalam jambangan,
      Selamat datang si bunga rampai;
      Terima kasih juga atas kunjungan.

  4. Saya belum pernah dengar bunga teratai boleh dijadikan makanan. Tetapi bijinya memang enak, dimakan seperti kita memakan kacang, begitu. TV3 dulu memang ada menyiarkan kisah orang-orang Perak memetik buah teratai dan menjualnya di pasar atau dijaja di tepi jalan.

    Kalau musim teratai berbuah, datanglah ke Tasik Cini. Ada bahagian tasik itu yang dipenuhi pokok teratai. Teratai liar, bukan sesiapa yang menanamnya. Masa teratai berbunga, kita nikmati keindahan bunganya; masa berbuah, kita nikmati keenakan buahnya pula.

    Salam teratai!

  5. @ CC,
    lagunya sedap di pendengaran manakala warna teratai pula indah di pandangan.

    @ Dato’,
    Teratai bunga indah, bijinya pula sedap dimakan.
    Memang ramai yang kata biji teratai tu sedap tapi Kak Long belum berpeluang mencuba. Rasanya Kak Long penyataan bahawa bunga teratai boleh dijadikan makanan. Sepatutnya, buah teratai boleh dijadikan makanan. Maaf atas kekhilafan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s