Cuti yang tertinggal

Hanya beberapa hari sahaja lagi cuti sekolah akan berakhir. Kak Long cuba memanfaatkan cuti  kali ini dengan menyelesaikan tugas-tugas memeriksa skrip jawapan pelajar bagi Peperiksaan Semester 1. Selain itu, Kak Long juga sempat menghadiri satu seminar selama dua hari.

Sebenarnya Kak Long cuba juga untuk mengemaskini blog ini tetapi entah di mana silapnya, kerana bil streamyx tak pulak lewat dibayar, Kak Long tak berjaya langsung akses internet sejak Sabtu lalu. Ada masanya, baru saja beberapa minit, dah keluarlah halaman yang tak ingin kulihat tu. Ingatkan komputer kena ‘godam’, rupanya bila Kak Long menyiasat, rupa-rupanya bukan Kak Long seorang je yang mengalami masalah ni. Agaknya dah terlalu ramai yang akses internet hinggakan sesak talian tu ya!

Kak Long baru aje tiba dari Gold Coast beberapa jam lepas. Ala, jangan suspen lak, ni bukan Gold Coast kat Australia (Nak ke luar negara sekarang??? Oh, tidak!!…..banyak sangat wabak yang menakutkan), tapi Gold Coast Malaysia iaitu Sepang Gold Coast. Sesaja melawat ke rumah salah seorang saudara yang tinggal di kawasan berhampiran. Lepas tu, singgah pula makan ikan bakar dan hidangan yang sewaktu dengannya di tepi pantai tu.

Dah hampir pagi. Sengaja cuba nak aksess internet. Terkejut juga bila berjaya. Jadi, selamat berjumpa semula….

 

Advertisements

6 comments on “Cuti yang tertinggal

  1. keh keh keh..
    kak long… aku ni dah lama memendam rasa ngan line internet.. dr zmn streamyx… bertukar ke brukben.. sumenye hampeh…

    ggggrrrrrr…. mmg hangin.. kdg2 boleh baca blog org, nak komen, dia ilang…
    sabar yo la…

    • hikss, hikss…kts…memang angin. kalau takat tak boleh komen, masih angin sepoi-sepoi, tapi bila semua urusan kak long yang lain termasuk nak update blog, nak urus projek dan business juta-juta (sila percaya)pun terganggu, mahu angin puting beliung jadinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s