Ayat-ayat Cinta

Kak Long pasti ramai yang biasa mendengar lagu Ayat-ayat Cinta dendangan Rossa.  Lagu yang menjadi lagu tema Filem yang mempunyai judul yang sama ini memang sedap didengar. Senikatanya juga puitis.  Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab filem ini mendapat sambutan.

 
Walaupun lagu ini tidaklah serancak dulu disiarkan di media eletronik, namun Kak Long masih suka mendengarkan lagu tersebut. 
 
Ayat-ayat cinta (Rossa)

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

 Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud.
 

Mungkin ramai yang pernah menonton filem Ayat-ayat Cinta (AAC) ini kerana kalau Kak Long tak silap, ia pernah disiarkan di televisyen tidak lama dahulu sempena musim perayaan. Kak Long sendiripun bukanlah salah seorang penonton filem ini di pawagam mahupun di televisyen. Kak Long telah menonton filem Ayat-ayat Cinta (AAC) ini menerusi DVD yang diberikan oleh seorang rakan agak lewat biarpun novel AAC ini telah Kak Long baca lebih 2 tahun lalu.

P1110759

Novel ini Kak Long beli sewaktu melawat ke negara jiran pada  akhir tahun 2006 dengan harga RP 43500 di sebuah toko buku di sana.

P1110760

Pada waktu itu, AAC memang merupakan salah sebuah novel ‘Best Seller’ di negara jiran. Kak Long rasa sangat puas hati membaca novel ini tema dan jalan cerita yang menarik. Selain itu, ecara tidak langsung, novel ini sebenarnya mampu menterjemahkan cinta kepada manusia seiring cinta dan ketaatan kepada Yang Maha Esa.

Walaupun ditulis dalam bahasa Indonesia dan sesekali menemui perkataan asing yang sukar dimengertikan, Kak Long berpendapat bahawa kita masih mampu menghayati jalan cerita yang menarik.

 Tidak berapa lama kemudian selepas membaca novel ini, Filem AAC mula mendapat tempat di negara ini dan mula popular seiring lagu ini. Pada masa tu, teringin betul Kak Long nak menontonnya tetapi oleh sebab rasa malas sangat nak ke pawagam ditambah dengan banyak sangat hal lain yang perlu diutamakan, maka niat itu terkubur. Biarpun telah ditayangkan di televisyen selepas itu, namun Kak Long masih belum berkesempatan menontonnya sehinggalah seorang rakan memberikan DVD filem ini.

Jika dibandingkan antara filem dan novel AAC, Kak Long lebih memilih novel. Memang bukan satu tugas mudah untuk menterjemahkan sebuah kisah yang mampu diceritakan secara terperinci di dalam novel dan Kak Long tetap memberikan penghargaan kepada usaha-usaha sang sutradara, namun bagi mereka yang masih belum membaca novel tersebut, cubalah baca. Mungkin anda juga setuju dengan Kak Long. Membaca novel ini lebih memberikan kepuasan kerana ada hal-hal tertentu yang sukar diterjemahkan melalui layar perak. Lagipun kata seorang teman, novel yang dijual di sini ditulis dalam bahasa Melayu. Justeru, mungkin lebih mudah menghayatinya.

 Entri ni sebenarnya dah agak lama ditulis….
Advertisements

17 comments on “Ayat-ayat Cinta

  1. Ooo… tie pernah tengok citer ni, kat tv je, tapi tak pernah baca novelnya. Nampun Tie suka lagu ni…. melodinya menarik dan tersendiri…. syahdu betul………… 🙂

  2. Kak Long….sy juga suka bangat sama lagu Ayat-ayat Cinta. Mmg benar membaca novel kita lebih menghayati jalan ceritanya, bila tgk kat filem kurang “kick”. Tapi Gone With The Wind tetap di hatiku…samada novelnya maupun filemnye

    • @Tie,
      Kena baca novel tu. Rugi tak baca. Cuma bila tengok filem dapat dgr lagu sebab lagu tu bukannya ada dlm filem.

      @Kenari,
      Memang ada filem yang lebih best dari novel. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, kan!

  3. maza hanya berkesempatan menonton filem ayat2 cinta ini sebahagian sahaja!

    huhuhu… tidak dinafikan sekejapan itu juga mampu membuka minda maza..
    banyak persoalan yg diasak di fikiran ini…

    Namun apa yg pasti, yg paling membuka biji pupil mata, mencerahkan kornea, ialah lawa2 gak pelakon2 wanita itu ekk?!

    hehehehe

  4. dah ade novel ni..kenangan juga…seorg blogger yang kirim
    rasanya hidup mmg dikelilingin blogger kot…hehehe

    tapi keluaran i bahasa melayu tak sebest novel asal…

  5. Waa~ memang saya pun suka benar2 dengan lagu ayat-ayat cinta ni. First time dengar, terus tembus isi jantung ni..

  6. Selepas Ayat-ayat Cinta sasterawan Habiburrahman El-Shirazy menghasilkan KETIKA CINTA BERTASBIH (dalam dua jilid) yang ternyata lebih halus menuliskan kata-kata cinta dalam sebuah novel yang dikatakan sangat Islamik. Saya fikir, kalau telah membaca Ayat-ayat Cinta, tak lengkap kalau tidak dibaca yang satu ini …

    • @maza…
      amboi, bab pelakon tu memang tak dinafikan lawa-lawa belaka.
      bayangkanlah kalau maza yg jadi fahri tu, cukuplah.
      wakakaka..

      @Kujie..
      iyalah..kena baca dalam edisi asal baru lebih feel. kak long tgh baca satu lagi novel Munajat Cinta, novel Indonesia dlm edisi bahasa Melayu.

      @Akmal,
      Lagunya memang sedap didengar tapi kalau baca novel tu lagi tembus isi jantung tu.

      @Dato,
      Terima kasih atas maklumat itu. Novel tu sudah saya temui. Insya Allah, akan saya cuba baca dan hayati pula.

  7. AAC tak kira dlm bentuk lagu, filem @ penulisan amat berbaloi utk dihayati.
    Saya obses dgn karya ini, tapi novel lebih mengujakan.
    Baca berulang2 kali pun tak jemu.
    Lagu pula puitis, sampai ke tahap cmt AAC dan nada dering hp pun AAC.
    Tapi filem mcm dah kurang umph..just ok.
    1 cerita tentang AAC, pernah jadi pilihan teman utk dijadikan teks kajian.
    Pensyarah tolak, katanya tak bermutu, novel cinta yg murahan.
    Tak kenal maka tak cinta..
    Jadi baca dahulu, kemudian baru beri ulasan.
    Nasihat saya, siapa yg terlihat jgn kedekut nak beli.

    • @annaliese,
      Ada org, bila lihat tajuk sahaja dah cepat buat kesimpulan bahawa novel tu novel cinta.
      Betul tu, kena baca dulu….kalau dah baca baru nampak keistimewaannya.

  8. @ahmad,
    terima kasih. saya juga sudah dpt novel ketika cinta bertasbih jilid 1 & 2, namun belum sempat hendak menulis tentangnya.

  9. Sememangnya semua yang ada di novel tak mampu diterjemahkan ke filem tetapi bagi pembaca novel seperti kita tentunya mengharapkan sesuatu bila ingin menonton.. pengharapan itu buat kita kecewa setelah menonton..

    sekarang Menanti ketika cinta bertasbih pula..

    • Bagi pembaca yang telah menghayati novel, timbul kekecewaan bila ada bahagian yang agak penting tidak mampu digambarkan oleh watak. Namun kita terpaksa juga memahami yang sesuatu yang diperincikan dalam novel jika dilakukan dalam filem, mungkin akan menjadikan filem itu lembap dan membosankan. Tentu sukar bagi pengarang hendak memilih bahagian manakah yang perlu diangkat daripada novel itu, kan? Tentu sahaja mereka lebih mementingkan nilai komersial kerana menerbitkan filem memakan belanja yang banyak.
      Dengar cerita ada satu lagi filem yang diangkat daripada novel belum ditayangkan di sini.

  10. cerita ayat ayat cinta memang novel paling menarik dan paling menyentuh hati aq dey….tahniah pd pelakon ayat ayat cinta yang membawa filem ini menjadi filem no.1 dihati aq..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s