Siaran langsung dari kampung

Sejak semalam Kak Long berada di kampung. Seronok balik kampung kerana sekarang musim buah-buahan. Walaupun masih belum masak sepenuhnya, tapi banyak juga buah rambutan yang dah merah dan manggis dah menghitam. Cuma, ‘hatiku keciwa’ sikit sebab tahun ni durian ayahanda tak menjadi. Masa berbunga dulu tu, dah berangan nak berkhemah menunggu durian. Tak apalah, bukan rezeki..walaupun masih adalah beberapa biji. Agaknya durian tu merajuk sebab tempoh hari Kak Long ambil gambar kot. Hehehehe…

Kami baru saja lepas memetik rambutan dan manggis. Rambutan dan manggis yang masak tu pulak kebetulannya sangat rendah hingga boleh dicapai tangan.

P1110773

P1110776

Pada masa ini, hujan sedang turun. Jadi, kami menangguhkan sebentar aktiviti berpesta buah-buahan dan memasak untuk juadah tengahari ini pulak.

Advertisements

6 comments on “Siaran langsung dari kampung

  1. Kak Long..pokok2 buah skrg ni dah “dimodenkan”, pokoknye rendah je kan boleh dicapai dan dipetik dgn tangan. Tak de la susah payah nk bergalah panjang utk mengait buah2 tu.

    • @Kenari,
      Pokok rambutan ayahanda Kak Long tu mungkin dah dimodenkan. Teringat dulu masa kecik2 angkat tanah dan baja untuk masukkan dalam lubang untuk tanam rambutan tu. Tapi pokok manggis tu memang tinggi pokoknya tapi ada dahan yang menjulur ke bawah dan buahnya masak. Itu yang seronok dapat petik tu.

      @Farid,
      Waalaikumsalam wbt..
      Terima kasih Farid suji berkunjung. Insya Allah, Kak Long akan selalu berkunjung ke blog Farid.
      memang seronok bila pulang ke kampung. Sabar sajalah ya Farid, lambat lagi ke boleh balik kampung?

      @Tie, ada 2 pokok yang dah masak tapi belum sepenuhnya. Rambutan gading dan gula batu tu belum masak. Kak Long pun suka makan manggis.

    • @maza,
      terima kasihlah maza sebab mengingatkan. kak long takut gak nak makan banyak. tapi bila kat kampung, yang paling seronok memetik dan mengait buah rambutan & manggis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s