Don’t judge the book by its cover

Buku yang ada dalam simpanan Kak Long ini, kulitnya sahaja dapat menggambarkan usianya. Kalau melihat kulitnya, mungkin ada yang mengkatagorikannya sebagai buku yang boleh dihapuskira. Namun buku ini sangat Kak Long gemari dan simpan di dalam almari buku yang menempatkan buku-buku kesayangan Kak Long yang lain.

kitabkb

Buku ini sebenarnya dibelikan oleh mantan pensyarah Kak Long semasa  Kak Long menemaninya mencari buku-buku di salah sebuah kedai yang menjual buku-buku terpakai beberapa tahun yang lalu.  Apabila menjumpai buku ini, dia menyuruh Kak Long mengambil buku tersebut kerana katanya dia ingin Kak Long memiliki buku tersebut kerana walaupun buku tersebut nampak buruk tetapi sangat besar nilainya. Bila melihat kulitnya, memanglah ada bahagian yang telah dimamah bubuk. Setelah pulang ke rumah selepas itu, Kak Long akui bahawa isinya memang sangat berguna untuk menambahkan perbendaharan bahasa Melayu Kak Long yang masih perlu diperkaya.

isikkb

Sampai ke hari ini, Kak Long masih merujuk buku ini untuk mengetahui beberapa peribahasa yang jarang-jarang kita dengar.

Ada ke sesiapa nak cadangkan pada Kak Long kedai-kedai buku terpakai yang menarik dikunjungi?

Advertisements

10 comments on “Don’t judge the book by its cover

  1. alo cikgu, jangan sampai terikut2 mcm Karam Singh Walia udah ler. huhuhu

    perbendaharaan kata memang lah perlu, mampu meningkatkan martabat diri dan bangsa..

    hehehhe

  2. Eh…. apa salahnya ikut macam Karam Singh Walia tu… bagus apa……… Jeles pulak pokcit ni, ekekeke……..

    Tie tak tahu lak ada kedai buku terpakai… kat mana eh? Kalau kat ganu ni tak pernah nampak.

    • Setuju ngan Tie, bagus apa Karam Singh tu! Wakaka..
      Tapi, tak mampu pulak Kak Long tak ikut Karam Sing tu Maza, takut tangan Kak Long seliuh lak nanti.
      Kalau kita sendiri tak berbangga dgn apa yg kita ada, siapa lagi nak buat?
      Apa pun, kalau buat sesuatu, biarlah ‘memahat dalam baris, berkata dalam pusaka.’

    • @Farid,
      Kak Long sering ke blog Farid sebagai silent reader. Insya Allah akan terus mengunjunginya dan kalau sesuai dgn pengetahuan Kak Long, pasti Kak Long akan berkongsi pendapat.

      @Kujie,
      Begitulah zaman dah berubah, semuanya kini di hujung jari. Lagipun byk pilihan bkn setakat buku tempatan di ujana, malah boleh shopping buku2 terbitan luar negara cthnya kat amazon, kan? Main order je dah sampai dpn rumah.
      Kak Long sdn pun dah agak kurang berlama-lama di kedai buku. Tp mgk dah jadi kebiasaan sejak dulu, pantang lalu kedai buku, mesti nak singgah wlwpun ada masanya tak beli sebuah pun.

      @ateq,
      Kbykn kita skrg ni lebih byk membaca di skrin komputer. Kak Long sdn pun kurang membaca buku berbanding dulu sbb skrg ni byk masa terluang digunakan menghadap skrin walaupun secara peribadi, Kak Long lebih puas baca buku yang boleh dipegang, dilipat, ditanda dsbg.

    • @cc
      semoga kita jd org yg selalu cintakan buku dan ilmu.

      @iza
      skrg byk kedai buku yg beri kita kesempatan membaca kat situ kalau kita ada masa. jd, apa salahnya kat situ kita baca buku lain, kmd beli satu jer lagi untuk baca kat rumah….
      hehehe….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s