Hari Koperasi

Minggu ni Sambutan Hari Koperasi Sekolah.

Hari Rabu hari Ko-kurikulum. Eh, masa menulis entri ni  dah masuk Hari Khamis. Nampaknya Kak Long terpaksalah menggunakan teknik imbas kembali.


Semalam……..

Hari Koperasi Sekolah Kak Long. Kak Long ditugaskan jadi  Pengerusi Majlis atau Master Of Ceremony  untuk acara sambutan itu. Banyak aktiviti diadakan sejak awal pagi. Ada nyanyian, ada tayangan multimedia, ada kuiz, aktiviti jualan, petandingan lain, upacara penanaman pokok dll.

Sebagai guru penasihat unit beruniform yang giliran aktivitinya pada minggu ini, Kak Long juga perlu pastikan unit kami mengambil bahagian dalam aktiviti jualan. Seronok sungguh nak berjual beli, tapi Kak Long melepaskan tugasan itu di bawah pengawasan seorang lagi guru penasihat unit kami kerana pada minggu ini kami berdua sahaja yang tinggal di sekolah. Kebetulan minggu ini, rakan setugas kami yang dua orang tu terpaksa mengambil giliran keluar mengiringi pelajar untuk menghadiri perkhemahan peringkat kebangsaan selama seminggu. Ingat nak jual makanan panas, tetapi disebabkan jadual ketat di dewan, terpaksalah serahkan apa yang boleh pada pelajar-pelajar dan unit kami menjual nasi lemak, mee hoon, kuey teow yang dah siap dibungkus sahaja kerana boleh disediakan lebih awal. Yang seronoknya…semuanya habis terjual walaupun pada asalnya pelajar-pelajar Kak Long bimbang sangat jualan mereka tak habis. Itulah, belum cuba lagi dah cepat sangat nak mengalah!

Tapi Kak Long yang yakin makanan tu habis, sempat pula bagi semangat, “Jangan takut, kalau tak habis saya beli semua makanan tu!” padahal dalam hati ada juga lah sedikit keraguan sehalus pasir di pantai. Terfikir jugak, kalau banyak sangat yang tak habis, kat rumah siapa pulaklah Kak Long nak hantar makanan sebanyak itu. 

Namun begitu, syukurlah…….makanan yang dijual oleh pelajar-pelajar Kak Long tu laku macam pisang goreng panas walaupun makanan tu dah tak panas.

 

Sedikit maklumat tentang Hari Koperasi Sekolah

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

h_5

tanam pokok

Sebenarnya sekolah boleh pilih mana-mana hari dalam minggu ke-4 bulan Jun dan sekolah Kak Long memilih Hari Koperasi Sekolah dijalankan pada hari Rabu. Dengar Khabar, banyak sekolah yang berhampiran mengadakannya pada hari yang sama.

Tema sambutan adalah “Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan “

Maaflah, Kak Long tak dapat nak tayangkan gambar aktiviti kami tu. Dah sibuk jadi pengerusi majlis, mana sempat dan tak ingat nak rakamkan gambar. Nanti kalau dapat kecek daripada rakan yang mengendalikan buletin sekolah, Kak Long kemaskinikan kemudian.

Advertisements

3 comments on “Hari Koperasi

  1. teringat tem skolah dulu suka benar kalo ada aktiviti gini tambah lagi kalo berjual beli guna kupon,meriah rasanya.

    • @Kujie,
      ni mesti beli ais krim tiap-tiap hari. comot tak baju tu?

      @julietchun,
      pelajar seronok betul diberi peluang berjual beli macam ni.
      yang tukang jual tu pulak, promosinya huh…power ayat-ayat cinta diaorang!
      Itu yang cepat aje laku tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s