Sebilah pisau dan sebaris kata-kata

Teman saya meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja habis waktu mengajarnya pagi tadi. Bila saya tanya mengapa, katanya dia tersilap kata.

pisau

Habis tu, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata….
Sebenarnya semasa mengajar sebuah cerpen daripada salah sebuah teks KOMSAS, teman saya yang niat awalnya hendak membuat set induksi pengajarannya, bertanyakan kepada pelajarnya selepas memberitahu tajuk cerpen yang akan mereka kaji bersama pagi itu,
“Dalam kelas ni ada tak sesiapa yang ibu bapanya berpisah?”

Tiba-tiba ada seorang pelajar ‘melenting,’ dan membantah bahawa beliau tidak sepatutnya mengeluarkan pertanyaan tersebut kerana baginya pertanyaan itu mengandungi unsur-unsur sensitif. Suasana pembelajaran sedikit berubah selepas itu.

Biarpun beliau menerangkan bahawa beliau tidak berniat langsung untuk mengguris hati sesiapa (kerana pertanyaan itu sebenarnya menjurus kepada tema cerpen yang berkisar tentang anak yang berdendam terhadap bapanya kerana masalah perceraian antara kedua ibu bapanya yang ingin diajarnya pagi itu), tetapi rupa-rupanya telah ada hati yang tersentuh. Biarpun selepas ditenangkan oleh pelajar-pelajar lain yang memahami maksud teman saya tadi, perasaan teman saya masih diselubungi rasa kesal yang tidak terhingga.

Sebenarnya pelajar itu bukanlah mangsa perceraian, namun luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu? Saya sendiripun tidak mampu menerka walaupun saya agak rapat juga dengan pelajar-pelajar yang diajar oleh teman saya tadi. Sebagai golongan remaja, mereka memang agak sensitif, namun sebagai manusia biasa, guru-guru juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Begitulah kuasa kata-kata. Kadang kala bila kita berkata-kata, kita tidak sedar yang kata-kata kita itu lebih bisa daripada sebilah pisau yang menghiris perasaan mereka yang mendengarnya.

Peristiwa ini membuatkan saya juga mengingatkan diri saya sendiri agar lebih berhati-hati………

Advertisements

11 comments on “Sebilah pisau dan sebaris kata-kata

    • betul tu cc,
      sebab tu ada cogan kata ‘fikir dulu sebelum buang air ! Kalau nak berkata-kata tu lagilah mustahak fikir dulu. Tapi ada masanya tetap terlupa jugak. Teringat pulak kata Dr.M Melayu mudah lupa!

  1. Kadang2 niat kita lain tapi cara penyampaian buat orang lain terasa hati, padahal kita takda niat pun. kalau dah jadi camtu kenalah rendahkan hati minta maaf.

  2. Kerana itu kita kena selalu maafkan orang, sebab ada masanya kita sendiri terbabas dan perlukan kemaafan itu, hu hu…. boleh dijadikan ikhtibar ni…..

  3. Em….kadang-kadang walau kita dah berhati2 pun terjadi juga ye….macam kawan kak long nih. Mungkin dia tak menyangka soalan dia telah mengguris hati orang lain.

    • @iza,
      mungkin juga ada org yg terlalu sensitif dan cepat terasa. kalau dah terjadi, memang tak salah kita minta maaf. cuma, ada org yg terlalu ego utk minta maaf, sedangkan mengaku salah atau meminta maaf bukannya perbuatan yg hina dan tak mgk mjdkan kita org hina.

      @Tie,
      setuju dgn pendapat Tie. Kita manusia semuanya selalu buat silap.

      @atie,
      kdg-kala begitulah kehidupan.
      apa yg penting niat kita utk cuba memperbetul kesilapan kita.

  4. Remaja masa kini selalu terperangkap dgn konflik.
    Jiwa cukup sensitif.
    Pantang terusik.
    Kdg2 kanak-kanak pun begitu.
    Pernah sekali tanya pd murid yg ada masalah keluarga.
    “Adik yg paling kecil tinggal dg siapa”, bergenang airmata sambil dia menjawab.
    Bila terima kad hari guru, rasanya itulah hadiah yg terindah pernah saya perolehi.
    “Cikgu, maafkan kami krn buat cikgu marah. Terima kasih sebab buat saya jadi pandai’.
    Murid yg sama juga, kalau tak krn masih bujang, mst dah ambil dia jadi anak angkat.

    • @Kujie,
      Itu memang perkara normal bagi setiap manusia, kan? Sebagai manusia biasa, tak lepas drpd melakukan kesilapan.

      @annaliese,
      Remaja dan kanak-kanak memang golongan yang cukup sensitif. Namun mereka lebih jujur berkata-kata. Sebagai golongan pendidik, mungkin kita perlu lebih prihatin dan cuba untuk mendekati mereka agar dapat memahami jiwa mereka.
      Tak jdkan anak angkatpun tak apa, tapi jika kita ambil berat dan cuba membantu yg terdaya, mungkin dpt mengurangkan tekanan yg mrk hadapi.

  5. setiap perkataan tu sebelum diucapkan kita yang punya tapi jika telah diluahkan milik semua. bukan dipandang cantiknya rupa kaseh terpikat budi bahasa. mulailah ucapan dengan BISMILLAH IRAHMANIRAHIM ia itu den perasaan kaseh sayang insyaallah lhirlah sifat kaseh sayangnya dan sekuntum mawar merah………tpi sayang pda siapakan ku beri.kah..kah…kah……

  6. Dulu professor saya cakap kepribadian seseorang itu dipengaruhi oleh pertama faktor genetik (baka), kedua pendidikan, ketiga persekitaran. Oleh sebab itu, kebanyakan guru adalah berperangai macam budak budak. Mereka sangat mudah merajuk. Petua memujuknya hanya berikanlah sekuntum mawar merah.

    Katanya lagi guru ini hanya pandai bercakap kalau disuruh mereka menulis apa yang diucapnya pun jarang yang boleh dilakukannya apatah lagi untuk melakukannya. Sebab itulah kita terlalu ketandusan buku ilmu pengetahuan.

    Pakcik ada seorang kawan dia seorang guru kemudian hari hari dia makan dengan guru besar, tidur pun dengan guru besar kerana isterinya guru besar. Yang herannya dia pun bodoh seperti pakcik jugak.

    Jangan beritahu perkara ini kepada para guru, takut mereka berkecil hati.Dimana pula pakcik nak cari sekuntum mawar merah untuk memujuki mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s