Gurindam Kasihnya Ibu

Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama.

Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.

Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.

Diperanakkan dikau beberapa kesakitan,
Beberapa pantang minum dan makan.

Tatkala dikau lagi kanak-kanak,
Engkau tidur mata ibumu jinak.

Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.

Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.

Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.

Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.

Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.

Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.

Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.

Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.

Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,

Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.

Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.

Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.

Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.

Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.

Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.

Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,

Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.

Sebenarnya, Kak Long tertarik pada gurindam yang didendangkan pada majlis yang Kak Long hadiri pada Ahad lepas iaitu  Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah.

Selepas bermarhaban, kaum bapa berselawat, menepungtawar dan menyapukan kepala anak kecil tersebut dengan air kelapa dan menggunting sedikit daripada rambut bayi tersebut sebagai simbolik majlis bercukur.

Selepas jamuan makan, diadakan upacara berendoi. Pada upacara itu, bayi  yang diraikan itu dimasukkan ke dalam buaian. Kemudian, nendanya memperdengarkan gurindam tersebut.

Semasa mendengar gurindam ini didendangkan, sayu rasa hati. Teringat jasa ibu yang begitu banyak berkorban melahir dan membesarkan kita.

DSC_0926

Terima kasihlah kepada mak lang yang telah sudi membantu Kak Long untuk mendapatkan sebahagian daripada gurindam tersebut untuk tatapan dan peringatan.

Advertisements

13 comments on “Gurindam Kasihnya Ibu

  1. Salam… Tie suka dengar gurindam, tapi tak pandai nak nyanyikan… Teringat lagu gurindam jiwa, ekekeke……

    • @Farid,
      Salam…terima kasih.

      @Tie,
      Salam…ramai suka dgr tapi tak ramai yg tahu bergurindam.
      Ooo teringat zaman bercinta dulu-dulu ke bila terkenang Gurindam Jiwa tu.
      Lagu tu pantunnya yang menarik.

      @julietchun
      Selalu dengar ke? Kat tempat Kak Long, bila majils macam ni yg selalu Kak long dengar org berzanji dan bermarhaban aja. Panjang lagi tu juliet…ada beberapa rangkap tertinggal.

      @iza,
      masa dengar gurindam ni, alahai sayu betul hati.
      tambah pula bila nenda si bayi tersedu mendendangkannya, yang mendengarpun ikut syahdu.
      kalau rindu kat mak tu, cepat2 pergi jengok kalau ada kesempatan.

  2. baru je nak tanya.. kak long ni masuk kumpulan marhaban ke sbb siap ada gurindam tu..

    hehehe.. sanggup mintak ngan maklang eh.. bloggerla katakan 😀

    • kak long tak masuk kumpulan marhaban, tapi bila dgr gurindam tu, terasa nak sgt simpan. mak lang tolong pinjamkan kertas yang dibaca tu…sebab masa rangkap yang awal2 tu tak teringat pulak nak salin.
      ….
      kts ada gurindam lain ke?
      ….

  3. walamak eii.. teringin sangat nak dengar camner org bergurindam tu ek!

    zaman skrg ni tak mcm dulu2.. cukup meriah pabila majlis cukur rambut ni…
    macam2 adat dan upacara di jalankan..

    bukan sekadar memenuhi adat, tetapi ia mengandungi banyak mesej…

    sayangnya…. hari ini majlis seumpama itu sudah ditenggelami .. yg ada barangkali tinggal baca doa selamat.. atau bubur merah dan bubur putih!

    huhuhu

    • @maza,
      nak dengar gurindam ya…
      Meh dgr Kak Long bergurindam…
      tapi siaplah bawak payung, takut hujan lebat pulak nanti.

      Zaman skrg, masa majlis cukur jambul ni meriah gak, kekadang macam majlis kenduri kahwin.
      …..Cuma bezanya aturcara adat dan upacaranya dah moden.

      Kak Long pun jarang dengar ada org bergurindam ni di majlis cukur jambul ni. Sebab tu bila dgr, beriya2 nak salin.
      Sekarang, ada yang dah tak kenal apa itu gurindam maklumlah, gurindam tak ada nilai ekonomi..
      huhuhu…

      Kalau di sekolah, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ada belajar sajak, gurindam, syair, pantun dan seloka tapi pelajar lebih dekat dengan sajak dan pantun.
      Kalau tanya guru-guru BM pun, walaupun boleh terangkan bentuk gurindan, ada yang tak tahu macam mana nak dendangkan gurindam tu.
      Tak pastilah..sama ada tak tahu atau malu.

      Sebenarnya ada CD yang dikeluarkan oleh DBP yg mengandungi gurindam dan syair. Kak Long dpt hadiah jawab kuiz masa kat Pesta Buku ari tu.

    • Terima kasih Dato’. Kredit perlu diberikan kepada Hjh Rashidah yang membenarkan saya berkongsikan gurindam ini.

  4. salam…sayu rasa hati membaca gurindam tu. terima kasih kerana sudi berkongsi. kalau diizinkan, saya ingin sekali mengabadikan gurindam ni di dalam photobook anak saya, khalif akhyar yg baru setahun setengah ni

    • Saya pun tak pasti siapa penulis asal gurindam ini.
      Saya mendengarnya dalam satu majlis.
      Jika gurindam ini memang puisi warisan, saya tiada hak untuk menghalangnya.
      Kalau ada sesiapa yang tahu penciptanya, mohonlah beritahu saya..supaya saya boleh kredit namanya pada gurindam ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s