Lindungi Diri Anda

KUALA LUMPUR 2 Julai – Sebanyak 48 kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan hari ini di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 244 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 36 kes membabitkan warganegara Malaysia manakala 12 warga asing iaitu Indonesia (4 kes), Singapura (2), Filipina (2), Australia (2) dan masing-masing satu kes rakyat China serta Itali.

Katanya, daripada 244 kes, sebanyak 206 kes adalah import manakala 38 kes lagi merupakan jangkitan tempatan dengan tiada kematian dilaporkan.

Antara petikan berita daripada Utusan Online hari ini….

 

Bila baca berita ni,  rasa risau juga dengan wabak yang semakin hari semakin bertambah bilangan kesnya ini.  Kak Long nak kongsilah sedikit apa yang disampaikan oleh Pegawai kementerian Kesihatan semasa mereka berkunjung ke sekolah Kak Long beberapa hari lepas.

 Isnin lepas, diadakan satu ceramah kesihatan tentang H1N1.  Mendengar ceramah itu, terasa betapa mudahnya virus ini berjangkit dan tidak hairanlah kenapa ia begitu cepat menular ke seluruh dunia.

Kami diberikan taklimat tentang kes-kes terbaru H1N1, juga tentang cara-cara untuk membendung daripada jangkitan virus ini. Antaranya:-

1)      Elakkan tempat awam.

2)   Kerap basuh tangan dengan sabun. Jika kemudahan mencuci tangan tidak didapati, gunakan bahan pencuci tangan antiseptik yang sesuai atau tuala kertas berantiseptik. Selepas itu, cui tangan dengan air sebaik sahaja anda boleh berbuat demikian.

Basuh tangan dengan cara yang betul.

Cara-caranya:-
a) Basuhkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.
b) Gosok kedua-dua tapak tangan.
c) Gosok setiap jari dan celah jari.
d) Gosok kuku di tapak tangan.
e) Gosok belakang tangan dan celah jari.
f) Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.
g) Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.

 3)       Gunakan tisu atau sapu tangan bila anda batuk dan bersin.

4)       Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut.

5)       Elakkan daripada melawat negara-negara yang dilanda dengan Influenza A (H1N1).

Semoga semua usaha untuk mengatasi wabak ini akan berjaya.

   

Advertisements

10 comments on “Lindungi Diri Anda

  1. Teringat masa kat airport waktu Iza balik dari Beijing hari tu. Borang2 akuan kesihatan tu ramai yang tak bagi balik. Sebab tak di wajibkan. Jadi ramai lah yg buat tak tahu jer walaupun si petugas tu hulur tangan meminta borang2 tu. Iza sukarela isi dan serah, manalah tahu kot2 ada yg dalam flight yg sama bawa virus. Bila dengar org batuk atau bersin dlm flight rasa cuak jer hehee.. Alhamdulillah, selamat. Esok-esok tak tahu lagi lah. Masalah nya virus ni masih misteri.

    • @iza,
      kdg-kala kelalaian yang sedikit memberi implikasi yang sgt besar.

      @julietchun,
      memang bimbang pergi ke tempat org ramai skrg ni.
      sekarang ni masa terbaik nak lypak depan komputer dan update blog. hehehe…

  2. Memang membimbangkan… namun kak tie rasa lega sebab tinggal di Terengganu. Walaupun masih kena berhati2. Ni dah sakit tekak… takut pulak. Hari tu anak demam dan sakit tekak, cepat2 bawa ke klinik… Sekarang okay je. Harap2 penyakit ini tidak berpanjangan.

    • @Tie,
      Sakit tekak dah elok? Baguslah kalau dah jumpa doktor.
      Sekarang ni dah semakin merebak, jadi kita kena berwspada kan?

      @Jie,
      bahaya tu, kenalah berhati-hati..
      jauhkan diri drpd org yg ada selsema dan batuk.
      harap-harap mereka yang ada tanda tu cepat-cepat dapatkan rawatan dan ikut arahan jabatan kesihatan supaya tak tersebar pada orang lain.

    • @maza,
      iskkh, iskkh……
      kalau takat berus gigi boleh hilang, tu namanya bukan virus H1N1 tu, tapi virus selsema gigi…
      tak dapek den nolong eh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s