Berkawan biar seribu…

Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai.  Eh..kenapa berkawan je boleh beribu. Apa kata kalau berkasih pun beribu-ribu? Oppss… rasanya kalau berkasih pun beribu mahu jadi Perang Dunia Ke Sebelas jadinya!

Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati.  Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.

Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita.

Mari kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..

  • Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
  • Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
  • Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
  • Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
  • Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
  • Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
  • Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
  • Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
  • Sentiasa mendoakannya
  • Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.
  • Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
  • Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
  • Berterima kasih atas kebaikannya.

Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.

Advertisements

15 comments on “Berkawan biar seribu…

    • @iza,
      semua syarat dah dipenuhi…??
      okay.. bagus…. dah lulus dah 🙂

      @kenari,
      setuju,
      jangan ambil kesempatan.
      memang ramai yg suka ambil kesempatan zaman sekarang dan banyak orang berkawan kerana ada kepentingan. susah nak cari sahabat sejati kan!

  1. wakakakka

    bagi maza lak, berkawan dan berkasih biarlah beribu2!

    hehehehe

    berkawan umpama kita mengiratkan silaturahim, mempebesarkan jaringan kelanan dan jiran tetangga.. dan sudah pasti dalam salah satu momentum dlm berkawan ini ialah saling tolong-menolong, ziarah-menziarahi, hormat-menghormati.

    Tetapi keadaan berkawan itu tidak akan berlaku kalau tidak disulam rasai kasih… tidak disulam dengan rasa cinta..

    Bahkan Allah SWT sendiri tidak pernah sama sekali mengarahkan kita hanya berkasih kepada satu. Malah diwajibkan manusia ini berkasih sayang dengan menjadikan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allah SWT itu sebagai contoh dan tauladan..

    Demikian juga apa yg dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Kasih sayang Rasulullah amat luas. Tidak dijumudkan. Ia melampaui dari isterinya, isteri2nya, para sahabat terdekat atau jauh, umatnya, bahkan ke alam jin, tumbuhan, haiwan dan alam sekitar!

    Jika kita terarah hanya kasih kepada seorang. Maka sesungguhnya kita telah berlaku zalim kepada diri sendiri… zalim kepada ibu bapa, zalim kepada anak2, zalim kepada sahabat handai, zalim kepada alam!

    Jika kita terarah hanya kasihkan kepada orang atau seorang itu semata2….sebenarnya kita menghampiri kebinasaan. Binasa diri, binasa akidah, binasa di akhirat.

    sandaran kasih hanya kepada seseorang yg bersifat ‘tidak kekal abadi’, sekiranya ia tiada, atau berlaku sesuatu yg tidak diingini.. lalu sikap kita menjadi sebaliknya. Kasih yg tertumpah itu akhirnya memakan diri. Dalam kes2 kronik membawa kepada kesesatan kepada Tuhan… membahayakan masyarakat, keluarga dan orang lain!

    Tetapi kalau pun kasih kepada Tuhan semata2.. Ingatlah Allah SWT pernah berfirman, tidak akan masuk syurga seseorang mukmin itu, selagi dia tidak mengasihi saudara seagamanya!

    Jadi, renung-renungkanlah yea..

    hehehe

    (maza: terlebih doz makan kuaci, tu yang dia mabuk cinta sakan tu…wakakaka)

  2. Kak Long..menjadi kawan yg baik kena memahami..kadang2 kita nak kawan yg mcm tu mcm ni..sedangkan diiri kita tak memenuhi piawaian dia…

    • @maza,
      aduss..banyak sangat makan kuaci ya??
      ……..
      bagus apa makan kuaci, sebab dapat memberi pandangan yang sangat menarik tu.
      mabuk cinta yang positif tu!

      @jie,
      setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
      sebab tu kita patut menerima kelebihan dan kekurangan diri sahabat kita.
      dalam persahabatan perlu memberi dan menerima.
      takkan asyik nak menerima sahaja tanpa memberi.
      namun, jika asik memberi aje, lama-lama boleh bankrup juga…hehehe……

      @juliet,
      pengorbanan perlu tapi janganlah sampai mengorbankan segala-galanya, tak wajar juga.
      setiap sesuatu perlu ada batasan.
      buatlah sebaik yang mampu……

    • salam nuriman,
      selamat berkunjung lagi ke blog kak long.
      alhamdulillah, memang ceria tambahan pula dapat ramai sahabat blogger di sini.
      semoga nuriman dalam keadaan ceria.

  3. kak long… aku sahabat yg baik, kan??
    tak pernah ungkit pasal donut yg kak long tak jadi nak belanja tu..
    errr.. donut.. donut…
    tak ungkit pun..
    ekekeke
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    .

    dah berapa org kawan kak long?? lebih seribu?? hikkksssss

    • KTS,
      ko memang sahabat yang sangat baik yang tak pernah ungkit pasal donut yang kak long nak belanja tu……
      ko cuma selalu sebut je, tapi mmg tak pernah ungkit…
      …..
      ……
      …….
      eh…bukanke kak long dah hantar donut tu.
      alamak, silap alamat ke?
      oh ya..kak long tulis alamat kak long, patut pun….
      ….
      tak pe, tak pe,
      ko bagi je address ko.
      nanti kak long hantar…

      ….
      kawan kak long dari kecik sampai sekarang dah ada lebih seribu orang dah….
      ko nak suruh kak long sebutkan ke?
      lain kali je lah,
      kang tak cukup seribu satu malam kak long nak taip kat sini. errrr……….

      @zue,
      salam kenal Zue. Terima kasih atas kunjungan balas ni. Insya Allah, kak long akan singgah selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s