Biarkan aku menangis..

Petang tadi ada drama air mata di rumah. Sebenarnya, semasa Kak Long balik daripada kelas tambahan, sempat juga Kak Long singgah sebentar di kedai kek dan membeli sebiji kek ais krim yang comel. Kak Long teringat yang hari ini merupakan hari ulangtahun pembantu rumah Kak Long. Jadi, Kak Long pun ajak anak-anak jiran Kak Long yang sering menjadi temannya bermain di hadapan rumah kami untuk sama-sama menikmati jamuan kecil yang Kak Long sediakan itu.

kek

Sewaktu Kak Long panggil pembantu rumah Kak Long untuk memotong kek yang Kak Long belikan, terkejut Kak Long sebab tiba-tiba saja dia beriya-iya menangis. Kak Long tanya, kenapa pula menangis. Dia minta kami biarkan dia menangis buat seketika. Rupa-rupanya dia terharu sangat dengan suprise small party yang Kak Long buat tu.

Pembantu Kak Long ni dah lebih 2 tahun berkerja dengan keluarga Kak Long. Setakat ini, tiada masalah yang pernah Kak Long hadapi dengannya. Seperti pembantu rumah keluarga kami sebelum ini, Kak Long harap, dia juga akan serasi bersama kami bagi tempoh yang lama. Dalam keadaan sekarang, bukan mudah mendapat pembantu rumah yang sesuai. Kak Long sendiri pun terhutang budi padanya kerana semasa Kak Long terpaksa menjadi penghuni hospital dalam tempoh yang lama tahun lepas, dialah yang telah banyak membantu menjaga dan menyiapkan keperluan Kak Long. Jadi, rasa puas juga sebab walaupun dia menangis, mungkin teringatkan keluarganya yang tiada bersama pada ketika itu tetapi Kak Long tahu yang dia gembira kerana pertama kali katanya diraikan pada hari ulangtahunnya.

Renungan: Orang yang gembira adalah orang yang menghasilkan sesuatu; orang yang bosan tidak menghasilkan apa-apa.

Advertisements

10 comments on “Biarkan aku menangis..

  1. Aiiih tengok update tajuk tadi, ingatkan Kak Long yg nangis…huhu…

    Bertuahlah pembantu tu dapoat bos macam Kak Long yg perihatin. Kak Long pun bertuah jugak dapat pembantu yg jujur. erkk kek untuk iza takde ker 😀

  2. memang dia rasa terharu sgt tu kerana tak sangka kaklong ingat hari lahirnya dan sudi pulak meraikannya. Kalo saya pun mesti nangis,huhuhu,gembira bercampur sedih.

  3. Bertuahnya kak long punya pembantu yang amat dipercayai. Dia pun bertuah punya majikan yang bertimbang rasa. Dia dari seberang ke ?

    • @iza,
      huhuhu…Kak Long pun rasa nak nangis gak nih.
      iyalah iza, orang berbudi, kita berbahasa, kan!
      nak kek ke? Apa kata jadi pembantu Kak Long dulu, boley? Nanti Kak Long belikan kek yang besar …….utk iza. hehehe…

      @juliet,
      Kak Long pun kebetulan berkesempatan. Itupun simple sgt sbb mulanya nak bawa pergi makan sekeluarga je.
      ekk…julietpun sensitif gak ke?

      @Tie,
      Syukurlah Tie. Bukan senang nak dpt pembantu yang boleh diharap zaman ni. Tapi itupun, Kak Long tetap berhati-hati juga sebab macam-macam kes boleh jadi. Memang dari seberang. Masa Kak Long kecil dulu memanglah keluarga Kak Long ada pembantu orang tempatan. Skrg ni dah payah nak cari orang tempatan. Lagipun agak-agaknya, sekarang ni ada ke orang tempatan yang nak kerja sebagai pembantu di rumah?

  4. esok birthday maza, meh ler Kak Long buatkan parti utk maza gitew..

    mesti maza terharuuuu yg amat sangat..

    apa mcm teacher, worait ka?!
    heheheheh

    • ish, ish, ish
      Laaa…berapa kali setahun maza celebrate birthday ni?
      Kak Long bukan tak nak buatkan parti utk maza, tapi takut bukan maza yang terharuuuu, Kak Long lak haru biru…

  5. Salam kak long….

    Bukan senang nak mencari pembantu rumah yang serasi sekarang ni. cara kak long memang amat baik… dengan kita menghargainya, dia juga akan menghargai kita sebagai majikannya.

    Buat baik dibalas baik…..

    • @TokNabe,
      Salam…
      Kak Long pun harap begitu. Kita semua sama di sisiNya.
      Jadi tak salah rasanya saling hormat-menghormati.

      @ckLah,
      nak jadi pembantu boleh, tapi tak mampulah kak long nak bayar gaji kat ckLah ikut gred DG tu okay! hehehe..
      sebenarnya bukan selalu nak raikan dia sedangkan selama ni dia banyak sangat membantu meringankan tugas kak Long. Alhamdulillah, pembantu Kak Long ni sejak bekerja dulu ringan tulang padahal keluarga Kak Long tak lah harap banyak sangat daripada dia. Kadang-kala rasa tak berbaloi gaji yang kita bayar tu…

  6. Pingback: Kontoversi Amah Indonesia dan Pembantu Rumahku Seorang Sarjana | Mawar Merah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s